Bahagian Kad Pengenalan Pintar bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan bagi kad pengenalan pintar kepada warganegaa Brunei Darussalam, Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam dan warganegara asing yang berkelayakan. Dokumen perjalanan boleh dipohonkan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau di cawangan-cawangan Jabatan di daerah-daerah yang lainnya. Orang ramai adalah disarankan untuk memuat turun Aplikasi QueUP dari AppStore atau GooglePlay dan membuat tempahan nombor giliran lebih awal. Ini akan dapat menjimatkan masa menunggu bagi orang ramai dan menjamin nombor giliran bagi permohonan yang dihadapkan. Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan. Jenis-jenis permohonan kad pengenalan pintar mengikut kategori: |