Bekerja di Brunei Darussalam
Setiap pekerja asing yang hendak bekerja di Negara Brunei Darussalam
hendaklah mempunyai Pas Kerja yang sah yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen dan
Pendaftaran Kebangsaan. Pas Kerja hendaklah dipohonkan oleh majikan sebelum pekerja
tersebut datang ke negara ini.
Pengecualian Visa Kerja
Semua negara kecuali Malaysia dan Singapura memerlukan visa untuk warga
mereka bekerja di Negara Brunei Darussalam
Tempoh Memproses
Bayaran Visa Kerja
- Untuk sekali perjalanan - B
$20.00
Pas Kerja bagi Swasta
Cara memohon Pas Kerja bagi Sektor Swasta
Untuk memohon visa tersebut, majikan hendaklah menghadapkan
permohonannya melalui bahagian Pekerja Asing di Tingkat Dua, Bangunan Jabatan Imigresen
dan Pendaftaran Kebangsaan atau cawangan daerah Kuala Belait pada waktu-waktu pejabat
saja.
Dokumen yang diperlukan ialah:
Lain dokumen dan perkara-perkara yang diperlukan untuk memohon Pas
Kerja adalah seperti jadual di bawah;
Dokumen yang diperlukan
|
Jumlah yang dikehendaki
|
Malaysia/Singapura |
Negara-negara lain |
1. |
Surat Permohonan Majikan |
2 |
/ |
/ |
2. |
Borang Permohonan Pas Kerja (Bur 23) |
2 |
/ |
/ |
3. |
Borang Visa |
1 |
x |
/ |
4. |
Gambar (Ukuran Pasport) |
2 |
/ |
/ |
5. |
Salinan Pasport |
1 |
/ |
/ |
6. |
Salinan Kad Pengenalan |
1 |
/ |
x |
7. |
*Bur500 |
1 |
/ |
/ |
8. |
*Lesen Buruh |
1 |
/ |
/ |
9. |
**Penyata Bulanan |
1 |
/ |
/ |
10. |
Surat Tawaran (Projek) |
1 |
/ |
/ |
* Salinan asal hendaklah diberi untuk teliti
** Penyata bulanan dikehendaki jika majikan belum mengemukakannya setiap 3 bulan
Pas Kerja bagi Persendirian
Cara memohon Pas Kerja bagi Persendirian
Untuk memohon visa tersebut, majikan hendaklah menghadapkan
permohonannya melalui bahagian Pekerja Asing di Tingkat Dua, Bangunan Jabatan Imigresen
dan Pendaftaran Kebangsaan atau cawangan daerah Kuala Belait pada waktu-waktu pejabat
saja.
Dokumen yang diperlukan:
- Lain dokumen dan perkara-perkara yang diperlukan untuk memohon Pas
Kerja adalah seperti jadual di bawah:
Dokumen yang diperlukan |
Jumlah yang dikehendaki |
Malaysia/ Singapura |
Negara-negara lain |
1. |
Surat Permohonan Majikan |
2 |
/ |
/ |
2. |
Borang Permohonan Pas Kerja (Bur23) |
1 |
/ |
/ |
3. |
Surat Pengesahan dari Majikan |
1 |
/ |
/ |
4. |
Gambar (ukuran pasport) |
2 |
/ |
/ |
5. |
Salinan Pasport |
1 |
/ |
/ |
6. |
Borang Visa |
1 |
x |
|
7. |
*Lesen Buruh |
1 |
/ |
/ |
* Salinan asal hendaklah diberi untuk teliti
Perhatian : Semua pekerja asing hendaklah menjalani pemeriksaan darah satu minggu dari
tarikh ketibaan ke negara ini.