Dokumen Perjalanan dan Pasport
Rakyat Brunei
Dokumen perjalanan yang dikeluarkan adalah:
Pasport Antarabangsa Brunei
(Biometrik Paspot)
Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia boleh digunakan untuk
perjalanan ke seluruh dunia.
Cara memohon untuk Pasport Antarabangsa Brunei:
Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke
bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran
Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.
Dokumen yang perlu dibawa bersama:
- Kad Pengenalan dan salinannya
- Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
- Sijil Nikah Asal dan salinannya (sudah berumahtangga)
- Sijil Kerakyatan Asal dan salinannya
- Tiga keping gambar ukuran Pasport
Tempoh Mansuh
- Berumur 12 tahun keatas - 10 tahun
- Dibawah umur 12 tahun - 5 tahun
Tempoh Memproses
Bayaran Pasport
- Bagi umur 12 tahun ke Atas - B$60.00
( 5 Tahun)
- Dibawah umur 12 tahun - B$25.00
Sijil Pengenalan Biasa Brunei
Darussalam (GCI)
Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia hanya boleh digunakan
untuk destinasi Sabah, Labuan dan Sarawak
Cara memohon untuk Pasport CGI
Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke
bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran
Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat saja.
Dokumen yang perlu dibawa bersama adalah:
- Kad Pengenalan dan salinannya
- Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
- Tiga keping gambar ukuran Pasport
Tempoh Mansuh
Tempoh Memproses
Bayaran Passport
Passport Diplomatik
- Dikeluarkan atas arahan dari Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri
- Pasport tersebut dikeluarkan kepada Warganegara Brunei yang
menjalankan tugas-tugas rasmi kerajaan. Tiada bayaran dikenakan.
Passport Haji
- Dikeluarkan sekali setahun kepada bakal-bakal Haji bagi Warganegara
Brunei Darussalam. Setiap permohonan hendaklah melalui Jabatan Urusan Haji, Kementerian
Hal Ehwal Ugama Brunei.
- Yuran dikenakan sebanyak B$10.00 bagi passport
haji.
Penduduk Tetap
Dokumen Perjalanan yang dikeluarkan adalah:
Sijil Pengenalan Antarabangsa
Brunei Darussalam (ICI)
Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Brunei Darussalam dan Pemegang
Permit Masuk.
Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke
bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan
Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada
waktu-waktu pejabat saja.
Dokumen yang dibawa bersama adalah:
- Kad Pengenalan dan salinannya
- Sijil Kelahiran Asal dan salinannya
- Kad Permit Masuk/ Resident Permit Asal dan salinannya
- Tiga keping gambar ukuran pasport
- Salinan asal passport lama jika perlu(MRP/GCI/CI)
Tempoh Mansuh
Tempoh Memproses
Bayaran
Pasport
Maklumat Lain
Pasport hilang atau rosak
- Jika Pasport awda hilang, pemegang Pasport tersebut hendaklah
melapurkan kepada Balai Polis yang berdekatan sebelum memohon untuk mengganti. Keterangan
polis dan juga surat sumpah dari mahkamah hendaklah dibawa bersama dokumen yang lain ke Bahagian Dokumen Perjalanan
Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
- Akan tetapi bagi Pasport atau dokumen perjalanan yang rosak, awda
dikehendaki membuat keterangan di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
- Awda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi
sebarang penggantian Pasport atau dokumen perjalanan.
- Denda akan dikenakan sebanyak B$150 bagi kali
pertama
-
B$300 bagi kali kedua
-
B$450 bagi kali ketiga
- Bagi kes kebakaran rumah kediaman, surat
pengesahan dari pejabat Perkhidmatan Bomba dan pengesahan dari ketua
akampong atau penghulu adalah diperlukan.
|