Mengenai Jabatan Imigresen dan
Pendaftaran Kebangsaan
Pengenalan
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah salah sebuah jabatan dibawah
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang bertanggungjawab menjalankan fungsi seperti yang
termakhtub dalam;
- Akta Imigresen (Bab 17) 1958
- Peraturan Imigresen 1958
- Akta Pasport (Bab 146) 1983
- Peraturan Pasport 1983
- Akta Kewarganegaraan (Bab 15) 1962
- Peraturan Kewarganegaraan 1962
- Akta Pendaftaran Kebangsaan 1965
- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan 1965
- Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (Bab 79)
1923
- Peraturan Pendaftaran Kebangsaan Kelahiran dan
Kematian 1957
Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan terletak di
Bandar Seri Begawan dan terdapat cawangannya di setiap daerah di Negara Brunei Darussalam
Sejarah Ringkas
Jabatan Imigresen telah secara rasmi dibentuk pada 1 haribulan
Julai 1958 dengan menguatkuasakan Akta dan Peraturan Imigresen. Sebelum tarikh tersebut,
semua hal-ehwal Imigresen dan Pasport dikendalikan oleh Anggota Polis Diraja Brunei.
Pengawal Imigeresen yang pertama ialah Mr. T. Mackei.
Jabatan ini telah diubah namanya dengan dikenali sebagai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran
Kebangsaan apabila tanggungjawab jabatan bertambah dengan menguatkuasakan Akta
Kewarganegaran pada 1 haribulan Januari 1961 dan Akta Pendaftaran Kebangsaan pada 1
haribulan Mach 1965.
Pada 16 haribulan August 1997, nama lantikan pada Pengawal Imigresen, Pendaftar Taraf
Kebangsaan dan Pesuruhjaya Pendaftaran Kebangsaan telah diubah menjadi Pengarah Imigresen
dan Pendaftaran Kebangsaan.
Pada 18 haribulan August 1997, Bahagian Kelahiran dan Kematian (sebelumnya di Kementerian
Kesihatan) dan juga Bahagian Anak Angkat (sebelumnya di Jabatan Daerah) berpindah
hal-ehwal pentadbirannya kepada Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Misi / Fungsi
Misi/ Fungsi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam
Negeri adalah;
- Mengawal (to control) dan mengatur (to regulate) orang-orang
asing masuk/keluar ke/dari negera ini supaya tidak menjejaskan kepentingan negara dari
segi keselamatan, ekonomi, sosial, ugama, budaya serta mendukong hasrat Kerajaan bagi
menggalakkan pelaburan dan pelancungan.
- Mengeluarkan dokumen perjalanan kepada warganegara dan penduduk
tetap Negara Brunei Darussalam yang bermutu tinggi serta memberikan kemudahan perjalanan
- Menentukan taraf kerakyatan warganegara Brunei Darussalam menurut
undang-undang
- Mengumpul dan menyimpan maklumat-maklumat bagi pendaftaran dan
pengenalan individu menurut keperluan undang-undang
- Memastikan semua kelahiran dan kematian didaftarkan berpandukan
undang-undang
- Memastikan semua anak angkat didaftarkan berpandukan undang-undang
Objektif
Diantara objektif Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
- Berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang
efisien dan efektif menuju ke arah kecemerlangan
- Meningkatkan tahap kecekapan dan menerapkan etika
kerja yang baik
- Memberikan kemudahan perjalanan kepada rakyat dan
penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
- Mengadakan dan mempertingkatkan tahap
efisiensi pemeriksaan di Pos-Pos Kawalan
- Pengawalan warganegara asing tinggal di Negara Brunei Darussalam
- Mencegah pendatang haram dan membendung masalah-masalah Imigresen
- Penerapan nilai-nilai identiti kenegaraan
- Mengeluarkan kad pengenalan yang bermutu tinggi dan mempunyai
ciri-ciri keselamatan
- Mempunyai sistem data maklumat yang comprehensive
Strategi-strategi untuk mencapai
objektif
Berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan supaya lebih efisien dan efektif melalui :
- Pembentukan Jawatankuasa Pengurusan
- Mengujudkan Kumpulan Mutu Kerja/Action Team
- Memperkenalkan sistem perkhidmatan kaunter
- 'Electronic Queuing System'bagi menggantikan sistem penomboran
secara manual
- Memperkenalkan piagam pelanggan
- Mempergiatkan dan meneruskan pengurangan paperwork
- Meniadakan kerja-kerja yang bertindih-tindih
- Memberi taklimat tentang perkara-perkara yang bersangkut-sangkut
dengan tatacara dan prosedur Imigresen