Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

Majlis Doa Kesyukuran dan Ratib Al-Attas bersempena memperingati Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang ke 63 tahun

Bandar Seri Begawan, Khamis, 1 Julai 2021– Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Ratib Al-Attas bersempena memperingati Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang ke 63 tahun. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan Ratib Al-Attas diketuai oleh Yang Mulia Awang Hafizulnizam bin Haji Kahar, Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan. Majlis diteruskan dengan bacaan doa kesyukuran oleh Yang Mulia, Muhammad Waliy bin Khalid, pelajar penempatan dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali. Majlis di akhiri dengan Sembahyang Fardhu Asar berjemaah.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis iatah Pemangku Pengarah Imigresen, Pg Mohammaddin bin Pg Haji Aliakbar. Turut hadir adalah pegawai-pegawai serta kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

Attachments
Created at 07/07/2021 11:58 by Noor Izzah Hanisah binti Affandi
Last modified at 07/07/2021 11:59 by Noor Izzah Hanisah binti Affandi