Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

AKTIVITI RIADAH WARGA IBU PEJABAT KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI BERSAMA JABATAN-JABATAN DI BAWAHNYA

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah mengadakan dan menyelaras aktiviti riadah warga Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri bersama Jabatan-Jabatan di bawahnya pada hari Rabu, 5 Februari 2020 bertempat di Taman Rekreasi Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi aktiviti tersebut adalah Yang Mulia, Awang Salminan bin Haji Burut, Setiausaha Tetap (Bandaran dan Daerah), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir bagi memeriahkan aktiviti tersebut adalah pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan juga Jabatan-Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Di antara tujuan aktiviti tersebut diadakan ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan tekanan kerja di pejabat. Bukan itu sahaja, aktiviti tersebut juga dapat dijadikan sebagai salah satu inisiatif untuk mencapai sasaran yang diperlukan bagi Body Mass Index (BMI) yang stabil terutama di kalangan wargakerja di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-Jabatannya.

Selain daripada aktiviti seumpama, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui individu fokal yang dilantik bagi menjalankan program Workplace and Health (WAH) sering mengadakan aktiviti sukan pada setiap hari Sabtu di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Program berkenaan telahpun dijalankan bermula pada Disember 2019 lalu sehingga kini. Program diharap akan dapat membantu pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan ini meningkatkan kesedaran diri terhadap  kepentingan kesihatan dan mengamalkan konsep 'work life balance'.  ​

Attachments
Created at 17/02/2020 15:30 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 27/02/2020 16:08 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan