Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN TAMAT KURSUS ASAS BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BARU BERKHIDMAT DI JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN TAHUN 2018/2019

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengadakan Majlis Penyampaian Taklimat Asas dan Lawatan bagi pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat tahun 2018/2019 pada 5 Jamadilakhir 1441 bersamaan dengan 30 Januari 2020 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Majlis disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Yang Mulia Azmi Bin Haji Hafneh selaku tetamu kehormat majlis. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Pengerusi majlis, Yang Mulia Refa'ah Binti Ali Osman, Pemangku Timbalan Pengarah Pendaftaran Kebangsaan menjemput tetamu kehormat majlis bagi penyampaian sijil penyertaan kursus kepada 18 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat tahun 2018/2019.

Kursus Asas berkenaan telah diadakan bermula pada 12 Disember 2019 hingga 23 Januari 2020. Kursus berkenaan juga bertujuan untuk  memberikan maklumat yang jelas mengenai fungsi dan peranan bahagian-bahagian yang terdapat di Jabatan ini dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan disamping memberikan kefahaman yang jelas dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab masing-masing serta mencapai objektif Jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti kepada pelanggan.​

Attachments
Created at 13/02/2020 11:39 by Mohammad Norkharimmin Bin Zakaria
Last modified at 27/02/2020 16:07 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan