Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PELANCARAN PEMBAYARAN PERKHIDMATAN DEBIT/ KREDIT BAGI DOKUMEN PERJALANAN

​Majlis Pelancaran Pembayaran Perkhidmatan Kad Debit/ Kredit Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sempena Majlis Hari Terbuka (Open day) sesi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri beserta Jabatan - Jabatan dibawahnya telah diadakan pada Hari Sabtu, 18 dan 19 Januari 2020, di The Mall Gadong, Bandar Seri Begawan.

Yang Berhormat Pehin Orang Kaya seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong telah melancarkan pembayaran perkhidmatan kad debit/ kredit pada Majlis Hari Terbuka tersebut.

Adapun perkhidmatan pembayaran menggunakan kad debit/ kredit bagi Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ini adalah bagi memudahkan para pelanggan untuk membuat pembayaran menggunakan kad debit/ kredit disamping pembayaran menggunakan wang tunai yang telah selazimnya dilaksanakan.

Untuk makluman orang ramai juga, pembayaran menggunakan kad debit/ kredit ini adalah dilancarkan secara berfasa dan bagi fasa yang pertama ianya dilaksanakan bermula pada hari Isnin, 20 Januari 2020 di Bahagian Dokumen Perjalanan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Attachments
Created at 22/01/2020 16:00 by Noor Izzah Hanisah binti Affandi
Last modified at 27/02/2020 15:57 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan