Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT DAN LAWATAN LUAR SAMBIL BELAJAR BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BARU BERKHIDMAT 2018/2019

 Rombongan seramai 30 Orang Pegawai dan Kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah membuat dua lawatan sambil belajar pada Hari Selasa, 12 Disember 2019 ke Jabatan Penjara Brunei dan Biro Kawalan Narkotik.

Rombongan lawatan pertama pada sebelah pagi ke Institusi Penjara Maraburong Fasa 1. Satu sesi taklimat dan penerangan mengenai dengan fungsi dan peranan Jabatan Penjara Brunei telah disampaikan oleh Timbalan Memerintah Institusi Penjara Maraburong Fasa 1.

Adapun tujuan taklimat dan lawatan ini diadakan adalah untuk mengingatkan dan mengekalkan disiplin serta meningkatkan kesedaran mengenai kesalahan undang-undang di Negara Brunei Darussalam.

Pada sebelah petang, rombongan lawatan kedua ke Galeri Cawangan Pendidikan Pencegahan Rasuah, Biro Kawalan Narkotik.

Lawatan bermula dengan satu sesi taklimat dan pendedahan mengenai dengan peranan dan tanggungjawab Biro Kawalan Narkotik.

Taklimat seumpama ini bertujuan bagi mempertingkatkan dan memupuk kesedaran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di Negara Brunei Darussalam, seperti jenis-jenis dadah, keburukan dadah, ciri-ciri mereka yang terlibat dalam kegiatan aktiviti penyalahgunaan dadah, hukuman kepada para pengedar dadah dan menjelaskan mengenai teknik-teknik yang digunakan dalam sindiket dadah antarabangsa serta kesannya boleh merosakkan akhlak dan menggugat ketenteraman negara.

Taklimat dan lawatan ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada kedua-dua pihak Jabatan berkenaan.


Attachments
Created at 19/12/2019 12:50 by Mohammad Norkharimmin Bin Zakaria
Last modified at 27/02/2020 16:09 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan