Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT PENCEGAHAN RASUAH

Taklimat fungsi dan tanggungjawab Biro Mencegah Rasuah kepada 30 orang pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah pun diadakan pada Hari Sabtu, 14 Disember 2019 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Adapun tujuan taklimat ini diadakan adalah bagi menambah pengetahuan dan kefahaman yang jelas berrhubung dengan perkara-perkara yang boleh menyalahi akta dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Biro Mencegah Rasuah dan Integriti Dalam Perkhidmatan Awam serta meningkatkan lagi kesedaran tentang bahayanya melakukan perbuatan rasuah yang boleh merosakkan akhlak dan juga negara.

Attachments
Created at 19/12/2019 12:32 by Mohammad Norkharimmin Bin Zakaria
Last modified at 13/01/2020 08:50 by Mohammad Norkharimmin Bin Zakaria