Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN MENGIKUTI PAMERAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2019

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri mengikuti pameran Kementerian-Kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam 2019 yang telah diadakan pada Hari Ahad, 3 November 2019 di Grandstand Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

Objektif pameran adalah untuk mendidik dan meningkatkan pengetahuan orang ramai mengenai fungsi, peranan dan aktiviti kementerian-kementerian khususnya berkenaan tugas-tugas dan tanggungjawab yang berkaitan secara langsung dengan orang ramai.

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telahpun mempamerkan mengenai latar belakang Jabatan, perkhidmatan Jabatan mengenai kad pengenalan pintar, dokumen perjalanan, penguatkuasaan undang-undang dan juga maklumat kaedah kemudahan bagi mendapatkan perkhidmatan Jabatan.

Semasa di pameran berkenaan, Jabatan juga mengambil kesempatan dalam membukakan kepada orang ramai untuk mengisikan borang bagi sebarang aduan atau cadangan penambahbaikan Jabatan. Usaha ini akan dapat membantu Jabatan untuk mengenal pasti sebarang isu-isu yang dapat dipertingkatkan oleh pihak Jabatan ini. Kuiz soalan kepada peringkat kanak-kanak juga telah diadakan yang mana objektifnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan yang sedia ada di Jabatan ini.

Attachments
Created at 04/11/2019 16:19 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan
Last modified at 04/11/2019 16:19 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan