Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS PENYAMPAIAN HIASAN DI BAHU KEPADA PEGAWAI IMIGRESEN KANAN YANG DINAIKKAN PANGKAT KEPADA KETUA PEGAWAI IMIGRESEN DAN PENUTUP KURSUS ASAS BAGI PEGAWAI IMIGRESEN YANG BARU BERKHIDMAT TAHUN 2019

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengadakan Majlis Penyampaian Hiasan Di Bahu Kepada Pegawai Imigresen Yang Dinaikkan Pangkat Kepada Pegawai Imigresen Kanan Dan Penutup Kursus Asas Bagi Pegawai Imigresen Yang Baru Berkhidmat Tahun 2019 pada 3 Rabiulawal 1441 bersamaan dengan 31 Oktober 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Yang Mulia Liza Suriani binti Haji Ibrahim. Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Pemangku Timbalan-Timbalan, Penolong-Penolong Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan juga Pegawai-Pegawai Kanan yang sedang membuat Workplace Attachment di bawah Program Pembangunan Eksekutif bagi Pegawai-Pegawai Pengurusan Pertengahan (EDPMMO) Kali ke-28 tahun 2019 di Jabatan ini.    

 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah. Majlis seterusnya menjemput tetamu kehormat majlis bagi penyampaian dan pemasangan hiasan di bahu kepada empat (4) orang Pegawai Imigresen Kanan kepada Ketua Pegawai Imigresen.

 

Majlis seterusnya diteruskan dengan bacaan ikrar oleh 11 orang Pegawai Imigresen yang baru berkhidmat. Sijil penyertaan kursus diberikan kepada mereka seterusnya disampaikan oleh tetamu kehormat. Penyampaian sijil dan cenderahati kepada peserta kursus kawad terbaik dan peserta kursus keseluruhan terbaik. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

 

Kursus Asas kepada 11 orang Pegawai Imigresen yang baru berkhidmat berkenaan telahpun bermula pada 9 September 2019.  Kursus berkenaan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai berkenaan terhadap tugas dan tanggungjawab Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.  

 

Attachments
Created at 04/11/2019 16:02 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 04/11/2019 16:08 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli