Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KURSUS PASSENGER PROFILING AND ASSESSMENT, IMPOSTER DETECTION, SECURITY FEATURES IN PASSPORT AND HARM/TECHNICAL REFERRAL PROCESS

Kursus Passenger Profiling And Assessment, Imposter Detection, Security Features In Passport and Harm/Technical Referral Process kepada 10 orang pegawai imigresen yang baru berkhidmat di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telah pun diadakan pada Hari Isnin, 21 Oktober 2019 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai Imigresen yang baru berkhidmat dalam mengetahui teknik analisis profil penumpang, pengesanan penyamaran, ciri-ciri keselamatan dalam pasport dan proses kerja penumpang yang diragui secara lebih teratur dan mengikut standard prosedur yang lebih efektif. Di samping itu juga, kursus tersebut memberikan manfaat kepada Jabatan serta agensi berkaitan memandangkan terdapatnya penerbangan secara terus dari Bandar Seri Begawan ke United Kingdom yang bermula sejak Oktober 2018.

Kursus merupakan usaha kerjasama di antara Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan pihak Immigration Enforcement International Home Office, British Embassy berpusat di Manila, Philippines.


Attachments
IMG_7904.JPG    
Created at 26/10/2019 09:52 by Mohammad Wa'ie Zulfaqar Bin Awg Hj Abd Mohin
Last modified at 04/11/2019 16:07 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli