Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

OPERASI SAPU JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

Pada 10 Oktober 2019 yang lalu, Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan telahpun menjalankan Operasi Sapu 171, Operasi Sapu 172 and Operasi Sapu 173 di beberapa tempat berasingan di Negara Brunei Darussalam. Operasi telah dijalankan di Kampong Anggerek Desa, Kampong Delima Satu and Kampong Delima Dua.

 

Operasi memfokuskan kepada pemeriksaan di sebuah gerai sayur dan rumah-rumah sewa dan  hasil operasi telah mendapati dan menahan lapan (8) orang warganegara Indonesia pada operasi di ketiga-tiga tempat yang dijalankan.

 

Mahkamah majistret pada 12 Oktober 2019 telah menjatuhkan hukuman kepada tujuh (7) warganegara Indonesia yang telah ditahan berkenaan setelah mengaku bersalah tinggal lebih masa di negara ini.

page-11-A_12102019.jpg

Empat wanita yang dijatuhkan hukuman adalah Musfirah, 49 tahun, dijatuhkan hukuman sembilan (9) bulan penjara kerana tinggal lebih masa di negara ini selama 1,596 hari, Rita Tursiti, 42 tahun, dijatuhkan hukuman sembilan (9) bulan penjara kerana tinggal lebih masa selama 1,136 hari, Miswati, 49 tahun, dijatuhkan hukuman penjara sembilan (9) bulan kerana tinggal lebih masa selama 2,229 hari dan Furwati binti Semin Ramat , 46 tahun, dijatuhkan hukuman penjara lapan (8) bulan kerana tinggal lebih masa selama 681 hari.

 

Tiga daripadanya adalah lelaki, Agus Fitrianto, 39 tahun, dijatuhkan hukuman penjara enam (6) bulan dan tiga kali sebatan kerana tinggal lebih masa selama 1,529 hari, Mirwanto, 28 tahun, dijatuhkan hukuman penjara enam (6) bulan dan tiga kali sebatan kerana tinggal lebih masa selama 1,553 hari dan Legimin, 56 tahun, dijatuhkan hukuman penjara sembilan (9) bulan dan tiga kali sebatan kerana tinggal lebih masa selama 2,230 hari.

 

Kesemua pesalah telah dijatuhkan hukuman di bawah Akta Imigresen Penggal 17 di bawah bab 15 (1) iaitu tinggal lebih masa setelah pas imigresen mansuh yang mana boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan tidak kurang 3 kali sebatan.

 

Adapun tujuan operasi dijalankan adalah bagi menguatkuasakan Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan bidangkuasa Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Jabatan ini akan sentiasa membuat operasi di negara ini dengan melaksanakannya samada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

 

Dalam kesempatan ini Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan mengalu-alukan kepada orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen dengan menghubungi "Penguatkuasa Imigresen Hotline" di talian 8753888 dan 8734888. Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya. 

 


Attachments
Created at 17/10/2019 14:20 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad
Last modified at 17/10/2019 14:22 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad