Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEJOHANAN FUTSAL 6 ORANG SEPASUKAN SEMPENA PENUBUHAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN YANG KE 61 TAHUN

22 September 2019 – Kejohanan futsal 6 orang sepasukan bersempena sambutan Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang ke 61 Tahun dan kejohanan tersebut adalah anjuran badan sukan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Kejohanan berlangsung pada Hari Ahad, 22 September 2019 di Dewan Serbaguna Haji Hassanal Bolkiah, Berakas. Seramai 6 kumpulan mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan. Perlawanan futsal juga dimeriahkan dengan acara-acara sampingan 'fun game' seperti menjaringkan gol bagi kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa serta menjaringkan gol permainan netball dibukakan kepada kategori lelaki dan perempuan.

Juara kejohanan futsal disandang oleh Kumpulan PGN. Manakala itu, naib juara Kumpulan RIVER SEVEN dan tempat ketiga kumpulan IP-JIPK. Pembukaan perlawanan telah disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Pengarah Imigresen, Yang Mulia Pg Mohammaddin Bin Pg Haji Aliakbar. Penyampian hadiah perlawanan disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Yang Mulia Liza Suriani Binti Haji Ibrahim.

 

Juara Futsal.png

 

Attachments
Created at 30/09/2019 08:33 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 30/09/2019 08:37 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli