Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KURSUS PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERSAMA AUSTRALIAN BORDER FORCE

KURSUS PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERSAMA AUSTRALIAN BORDER FORCE

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan kerjasama Australian Border Force telah mengadakan kursus peningkatan pegetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai imigresen. Kursus dibahagikan kepada dua sesi kumpulan iaitu:

1.     Passenger Assessment, Imposter Detection, Document Examination, and an Overview of Current Trend yang diadakan pada hari Isnin, 26 Ogos 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujong Jalan, Temburong. Kursus diadakan fokus kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas di Daerah Temburong dan telahpun dihadiri oleh seramai 12 orang pegawai.

2.     Investigation and Endorsement Examination pada hari Selasa, 27 Ogos 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kursus adalah difokuskan kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas di bawah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang dan seramai 20 orang pegawai telahpun menghadirinya.

Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kapasiti kemahiran dan kredibiliti, melengkapkan diri dengan disiplin pegawai-pegawai mengenai kaedah keselamatan dokumen perjalanan dan penumpang mengikut standard prosedur yang lebih berkesan. Melalui kursus tersebut, ianya diharap akan dapat meningkatkan prestasi Jabatan dalam pemberian perkhidmatan awam yang lebih cemerlang iaitu Pencapaian Kapasiti Program 100 jam.

Program kursus juga diselitkan dengan sesi courtesy call di antara tenaga pengajar dari Australian Border Force bersama dengan Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

Attachments
Created at 29/08/2019 11:41 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 29/08/2019 11:44 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli