Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PENUBUHAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KE 61 TAHUN

KEMPEN DERMA DARAH SEMPENA PENUBUHAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KE 61 TAHUN

 

kempen derma darah 1.jpegBandar Seri Begawan, Khamis, 22 Ogos 2019 – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) telah menganjurkan Kempen Derma Darah dengan Kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam.

 KDR 3.jpeg Kempen Derma Darah ini merupakan salah satu aktiviti tahunan sempena sambutan Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) kali ke-61 tahun. Kempen Derma darah ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat dalam kalangan warga Perkhidmatan Awam dan orang ramai, tentang faedah menderma darah. Kempen ini diharap akan dapat dijalankan secara berterusan dan merupakan inisiatif JIPK untuk membantu pihak hospital RIPAS.

KDR 1.jpegKempen ini juga bertujuan untuk membantu menambah simpanan darah bagi memastikan ketersediaan bekalan darah yang mencukupi disamping memupuk semangat saling bantu-membantu dalam kalangan warga Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan serta kakitangan bersama agensi kerajaan dan juga masyarakat secara amnya.    


Attachments
Created at 27/08/2019 09:57 by Noor Izzah Hanisah binti Affandi
Last modified at 27/08/2019 09:57 by Noor Izzah Hanisah binti Affandi