Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

OPERASI SAPU BERSEPADU JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN BERSAMA AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


OPERASI SAPU BERSEPADU JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN BERSAMA  AGENSI-AGENSI PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG


Pada  9hb Julai 2019 bermula jam 1150 malam, Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (sebagai Lead Agensi Operasi) bersama agensi Penguatkuasa undang-undang yang terdiri dari Pasukan Polis Diraja Brunei dari (Polis Bandar Seri Begawan, Unit Siasatan Jenayah Perdagangan Manusia, Unit Interpol, Unit Perisikan Jenayah), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Penguatkuasa Ugama dan Jabatan Buruh telahpun menjalankan Operasi Sapu Bersepadu. Operasi berkenaan melibatkan seramai 131 orang penguatkuasaan undang-udang.  

 2.jpg

Adapun tujuan operasi dijalankan adalah bagi menguatkuasakan Akta dan Peraturan yang berkaitan dengan mengikut bidangkuasa agensi masing-masing.

 

Operasi memfokuskan kepada pemeriksaan di rumah-rumah sewa di simpang 67, Jalan Berangan, Kampong Berangan. Bandar Seri Begawan dan juga bilik-bilik sewa, Bangunan Kheng Lian Flat, Jalan Simpang, Bandar Seri Begawan. Operasi berakhir pada 10 Julai 2019 kira-kira  jam 245 pagi.

 1.jpg

Hasil operasi telah memeriksa seramai 109 orang warganegara asing dan telah mendapati kes-kes seperti berikut:

 

  1. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran menyiasat lanjut seramai 13 orang warganegara asing.

     
  2. Jabatan Kastam dan Eksais Diraja telah mendapati sebanyak  11 kes.

     
  3. Jabatan Buruh telah mendapati  satu (1) kes.

     
  4. Bahagian Penguatkuasa Ugama mendapati satu (1) kes.

     

 

Dalam kenyataan ini, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dan agensi-agensi penguaktuasaan lain akan sentiasa membuat operasi di negara ini dengan melaksanakannya samada secara persendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

 

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga mengalu-alukan kepada orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah Imigresen dengan menghubungi "Penguatkuasa Imigresen Hotline" di talian 8753888 dan 8734888.  Maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan.  


Attachments
Created at 11/07/2019 09:27 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad
Last modified at 11/07/2019 14:49 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad