Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, DOA KESYUKURAN DAN BACAAN RATIB AL-ATTAS BERSEMPENA PENUBUHAN JIPK KE 61 TAHUN

MAJLIS SEMBAHYANG SUNAT HAJAT, DOA KESYUKURAN DAN BACAAN RATIB AL-ATTAS BERSEMPENA PENUBUHAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN KE 61 BAGI TAHUN 1440H/2019M

 WhatsApp Image 2019-07-09 at 17.14.14.jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Julai – Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri telah mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran Dan Bacaan Ratib Al-Attas bersempena Penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan ke 61 tahun bertempat di Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri.

 WhatsApp Image 2019-07-09 at 17.14.14 (2).jpeg

2. Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Keselamatan, Kesejahteraan dan Undang-Undang), Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Jabatan-Jabatan dibawahnya serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

 WhatsApp Image 2019-07-09 at 17.14.14 (3).jpeg

3. Majlis dimulakan dengan sembahyang sunat hajat diikuti dengan doa kesyukuran dan seterusnya bacaan Ratib Al-Attas. Majlis seumpama merupakan majlis tahunan yang diadakan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sempena penubuhannya.

 WhatsApp Image 2019-07-09 at 17.14.14 (4).jpeg

4. Majlis-majlis bersempena penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan juga akan diadakan di sepanjang tahun ini yang mana bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Di samping itu juga, program yang disediakan juga di harap akan dapat meningkatkan pengetahuan dan kefahaman orang ramai terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini.

 

5. Sejak penubuhan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pada tahun 1958, Jabatan ini sentiasa komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai dengan lebih teratur, mudah dan efisien dan seterusnya memastikan keselamatan negara sentiasa terjamin.

 

6. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, sebuah Jabatan yang berorientasikan perkhidmatan kepada orang ramai, dengan visinya iaitu 'Ke Arah Perkhidmatan Yang Dinamik Dan Kredibel', dan misi 'Memberikan Perkhidmatan Yang Berkualiti Kepada Orang Ramai Serta Memastikan Wargakerja Jabatan Adalah Sentiasa Komited Dalam Menjalankan Tanggungjawab Menguatkuasakan Undang-Undang Dan Peraturan-Peraturan Yang Berkaitan Dengan Hal Ehwal Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan' akan terus berusaha dan proaktif sejajar dengan peredaran masa dan penggunaan teknologi canggih pasa masa ini berpandukan kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan. 

 


Attachments
Created at 10/07/2019 16:02 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad
Last modified at 11/07/2019 12:14 by Muhammad Asyraf Bin Awg Ahmad