Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KURSUS PASSENGER ASSESSMENT, IMPOSTER DETECTION, DOCUMENT EXAMINATION, TRENDS AND DEVELOPMENT

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan kerajsama Australian Border Force telah mengadakan satu kursus Passenger Assessment, Imposter Detection, Document Examination, Trends and Development bagi pegawai-pegawai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada hari Isnin, 29 April 2019 bertempat di Dewan Mawar, Pejabat Cawangan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Kuala Belait.

 

Adapun tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai dalam mengetahui kaedah keselamatan dokumen perjalanan dan penumpang mengikut standard prosedur yang lebih efektif. Melalui kursus tersebut, ianya diharap akan dapat meningkatkan pengetahuan, teknik serta kaedah yang dapat diadaptasikan melalui tugasan harian pegawai-pegawai yang dilatih. Pegawai yang terlibat dalam kursus ini adalah terdiri daripada 17 orang Pegawai Imigresen dan 3 orang Pegawai Pendaftaran Kebangsaan. Sijil penyertaan diberikan kepada pegawai-pegawai yang telah menghadiri kursus berkenaan.​

Attachments
Created at 04/05/2019 08:46 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli
Last modified at 04/05/2019 08:48 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli