Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

KURSUS PASSENGER PROFILING AND ASSESSMENT, IMPOSTER DETECTION, SECURITY FEATURES IN PASSPORT AND HARM/TECHNICAL REFERRAL PROCESS

​Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebagai penganjur berkerjasama dengan pihak Immigration Enforcement International Home Office, British Embassy Manila telahpun mengadakan kursus in house mengenai Passenger Profiling And Assessment, Imposter Detection, Security Features In Passport and Harm/Technical Referral Process pada Hari Khamis, 25 April 2019 bertempat di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. Kursus disasarkan kepada pegawai-pegawai kanan yang mana telah dihadiri oleh 13 Pegawai Imigresen Kanan, 06 Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan serta 05 Orang Pegawai Kanan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.  

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk meningkatakan pengetahuan dan kemahiran pegawai-pegawai kanan dalam mengetahui proses teknik analisi profil penumpang, pengesanan penyamaran, ciri-ciri keselamatan dalam pasport dan proses kerja penumpang yang diragui dengan lebih teratur mengikut standard prosedur yang lebih efektif. Di samping itu juga, kursus memberikan manfaat kepada Jabatan serta agensi berkaitan memandangkan terdapatnya penerbangan secara terus dari Bandar Seri Begawan ke United Kingdom dibukakan sejak Oktober 2018. 

Attachments
Created at 27/04/2019 14:32 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan
Last modified at 27/04/2019 15:43 by Dk Noor Athirah Binti Pg Sabli