Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

TAKLIMAT PERANCANGAN KEWANGAN BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

​Standard Chartered Bank dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sebagai penganjur telah mengadakan taklimat perancangan kewangan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan pada hari Rabu, 17 April 2019 bertempat di Dewan Sebaguna Aras 3, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Tujuan taklimat perancangan kewangan ini diadakan adalah untuk membantu pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan Jabatan dalam memahami kepentingan kewangan dan pengurusan pendapatan serta menyediakan cara penyelesaian kepada pelbagai permasalahan kewangan yang mungkin akan dihadapi oleh para pemegang akaun.

Melalui taklimat tersebut, pihak Standard Chartered Bank telah mengongsikan tentang faedah perbankan pekerja, dan juga menawarkan pakej komprehensif yang mudah kepada pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan di Jabatan ini.

Jerayawara Standard Chartered Bank juga telahpun diadakan selama beberapa hari di ruang legar, Aras Bawah, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan semenjak Mac 2019 dan akan berakhir pada April 2019. Taklimat bagi pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan seterusnya pada hari Rabu, 24 April 2019 bertempat di Dewan Sebaguna Aras 3, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Attachments
Created at 17/04/2019 15:54 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan
Last modified at 27/04/2019 15:05 by Noorhayatul Shima Binti Mohd Radzuaan