Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MENAMBAH PERKHIDMATAN DROP BOX PERMOHONAN VISA KERJA BARU BAGI PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

​1.     Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sukacita memaklumkan bahawa bermula pada 01 Oktober 2018, Jabatan ini akan menambah PERKHIDMATAN DROP BOX PERMOHONAN VISA KERJA BARU BAGI PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN yang mana sebelum ini perkhidmatan drop box telah pun dilaksanakan bagi permohonan visa kerja baru bagi perkhidmatan syarikat. Adapun tujuan perkhidmatan ini dilaksanakan adalah bagi memberikan kemudahan kepada pihak agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar untuk menghadapkan permohonan visa kerja baru kategori perkhidmatan persendirian tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran menghadapkan permohonan berkenaan.

2.     Di dalam memastikan keberkesanan perlaksanaan perkhidmatan drop box ini, keadah ini akan dijalankan di kaunter penerimaan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan pendaftaran kebangsaan sahaja. Pihak agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar hanya perlu mengikuti prosedur-prosedur berikut:

  • Menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan dengan lengkap
  • Memasukkan ke dalam transparent zip folder permohonan yang sudah lengkap.
  • Memasukkan ke dalam DROP BOX PAS KERJA yang disediakan di Kaunter penerimaan , bahagian pas kerja (Perkhidmatan Persendirian), di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
  • Mencatat ke dalam buku Log book yang disediakan terhadap permohonan yang dihantar.
  • Agensi-agensi pekerjaan bolehlah mengambil surat kebenaran permohonan visa kerja di Kaunter 14, Tingkat 2, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan  mengikut Tempoh Tekad Pemedulian Orang Ramai (TPOR) iaitu  4 hari waktu bekerja.

3.     JIPK menyarankan kepada agensi-agensi pekerjaan yang berdaftar untuk menggunakan kemudahan perkhidmatan ini dengan mengikuti prosedur-prosedur yang ditetapkan bagi memudahkan urusan permohonan mereka ke Jabatan ini. Jabatan ini juga memperingatkan bahawa dokumen yang tidak lengkap boleh menjejaskan permohon berkenaan.

4.    Sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ini, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan melalui www.immigration.gov.bn.


LIZA SURAINI BINTI HAJI IBRAHIM

PemangkuPengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan



POSTER DROP BOX PERSENDIRIAN V4.jpg

Attachments
Created at 30/09/2018 19:33 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 05/11/2018 10:41 by Pg Md Dzulkhairi Bin Pg Hj Mohamad