Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

11 November 2017

  1. Dalam usaha mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada pelanggan, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) sukacita memaklumkan bahawa penggunaan Sistem Smart Q secara uji cuba yang telah dilaksanakan sebelum ini di Bahagian Kad Pengenalan Pintar, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bermula 31 Julai 2017 telahpun dilaratkan penggunaannya ke Bahagian Dokumen Perjalanan (Pasport), Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaraan Kebangsaan sejak Hari Rabu , 4 Oktober 2017 yang lalu.

     
  2. Sistem Smart Q ini adalah bertujuan untuk memudahkan tempahan slot nombor giliran bagi tujuan membuat permohonan pasport lebih awal mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Tempahan (booking) melalui sistem Smart Q ini boleh dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum cadangan tarikh membuat permohonan dokumen perjalanan atau pasport dan pemohon dinasihati untuk hadir  sekurang-kurangnya 15 minit sebelum masa tempahan.

    WhatsApp Image 2017-11-11 at 10.28.07.jpeg
     
  3. Orang ramai bolehlah memuat turun aplikasi QueUP dari Appstore atau Googleplay dan hanya perlu mengikuti arahan mudah tatacara untuk membuat tempahan nombor giliran bagi permohonan membuat atau membaharui dokumen perjalanan atau pasport.

     
  4. Dalam hubungan ini juga, JIPK ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan bagi permohonan dokumen perjalanan atau pasport secara walk-in sepertimana yang dibuat sebelum ini akan masih dijalankan seiring dengan perkhidmatan tempahan mengunakan aplikasi QueUp secara online dan perkhidmatan tempahan awal melalui panggilan telefon. Dalam pada itu, bagi kategori-kategori pemohon iaitu (1) OKU (Orang Kurang Upaya), (2) permohonan pasport Diplomatik dan Rasmi, dan (3) gantian pasport yang dilaporkan hilang atau rosak, permohonan bagi membuat atau membaharui pasport berkenaan masih boleh dibuat dengan hadir terus secara (walk-in) ke JIPK dan permohonan mereka akan dikendalikan di kaunter-kaunter penerimaan.

     
  5. Dalam kesempatan ini, JIPK memaklumkan bahawa setiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan, permohonan orang ramai untuk mendapatkan dokumen perjalanan atau pasport juga turut meningkat daripada hari-hari biasa. Dalam hubungan ini, JIPK ingin menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat membuat perancangan lebih awal dengan membuat atau membaharui pasport lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan masalah.

     
  6. JIPK juga menasihatkan orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara supaya memastikan setiap dokumen perjalanan mereka adalah di dalam keadaan baik dan masih mempunyai tempoh sah laku sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mansuh dan juga masih mempunyai ruang mukasurat kosong yang mencukupi untuk mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan semasa membuat urusan bagi membuat perjalanan ke luar negeri.

SALMINAN BIN HAJI BURUT

Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan

Negara Brunei Darussalam

Attachments
Created at 11/11/2017 10:03 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 13/11/2017 16:01 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa