Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

28 OKTOBER 2017

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa mulai 12 September 2017, program KEMUDAHAN PERJALANAN KERAP [FTF] diantara Negara Brunei Darussalam dan Malaysia telahpun diubah nama kepada PROGRAM PERJALANAN KERAP BRUNEI-MALAYSIA [BRUNEI-MALAYSIA FREQUENT TRAVELLERS PROGRAMME (BMFTP)].

Sehubungan dengan perubahan nama program ini, laman sesawang bagi membuat pendaftaran kemudahan Brunei-Malaysia Program Perjalanan Kerap [Frequent Travellers Programme (BMFTP)] atas talian (online) juga diubah daripada www.ftf.gov.bn kepada www.bmftp.gov.bn.

Jabatan ini seterusnya memaklumkan bahawa diantara kemudahan yang diperolehi dari program ini adalah pengecualian dari endosmen atau cop Imigresen Malaysia di dalam pasport pemegang kemudahan ini semasa melalui Pos-Pos Kawalan Malaysia yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini menyarankan kepada orang ramai dari kalangan warganegara Brunei Darussalam yang akan membuat perjalanan ke negeri Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk mendaftar sebagai pemegang kemudahan ini secara (online) melalui www.bmftp.gov.bn.

Di dalam usaha bagi meningkatkan lagi kemudahan bagi pemegang kemudahan BMFTP ini, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bersama Jabatan Imigresen Malaysia akan mengadakan ujicuba penggunaan laluan khas bagi pemegang kemudahan BMFTP ini di Pos-Pos Kawalan tertentu di kedua-dua buah Negara iaitu di Pos Kawalan Sungai Tujuh, Negara Brunei Darussalam dan CIQS Miri, Sarawak. Ujicuba ini akan dijalankan selama 3 hari bermula 30 Oktober 2017 hingga 1 November 2017 bertujuan untuk menilai kesesuaian dan keberkesanan penggunaan laluan khas sebagai kemudahan atau fasiliti bagi pemegang BMFTP.

Bagi sebarang maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melayari  laman sesawang Jabatan iaitu www.immigration.gov.bn atau berhubung terus kepada pihak Jabatan ini iaitu melalui Bahagian Perkembangan, Penyelidikan dan Komputer, Tingkat 3, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

Attachments
Created at 30/10/2017 09:11 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 30/10/2017 09:11 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa