Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

31 JULAI 2017

MAJLIS PELANCARAN PROJEK RINTIS SISTEM SMART Q BAHAGIAN KAD PENGENALAN, IBU PEJABAT, JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN

Bandar Seri Begawan, Jalan Menteri Besar, 31 Julai 2017 - Satu Majlis Pelancaran iaitu Projek Rintis Sistem Smart Q Bahagian Kad Pengenalan telahpun diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 IMG_6840.JPG

Hadir selaku tetamu kehormat bagi Majlis Pelancaran berkenaan adalah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

 IMG_6638 - Copy (1).JPG

Turut hadir ke Majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Awang Haji Idris bin Haji Ali, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Haji Mohammad Sunadi bin Haji Buntar, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, pegawai-pegawai kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan dibawahnya serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

 IMG_6662 - Copy (1).JPG

Majlis dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan ucapan Alu-aluan dari Pengerusi Majlis, Awang Salminan bin Haji Burut, Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 IMG_6684 - Copy (1).JPG

Majlis diteruskan dengan ucapan dari Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia Dr Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan diselajurkan dengan penyempurnaan pelancaran projek Rintis Sistem 'Smart Q' bagi Bahagian Kad Pengenalan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

 

Pada majlis berkenaan juga satu klip video Projek Rintis Sistem Smart Q dipaparkan yang mana memfokuskan mengenai penggunaan Sistem Smart Q. Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan lawatan ke ruang pameran di kawasan lobi, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

IMG_6707 - Copy (1).JPG

Sistem Smart Q yang dilancarkan merupakan projek usahasama yang dikendalikan oleh Jabatan ini bersama dengan Syarikat Rhymin & Partners yang juga merupakan pemenang hadiah perak Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam tahun 2016 bagi Kategori Kertas Cadangan. Projek ini dibuat secara rintis bagi tempoh selama tiga (3) bulan.  Sistem Smart Q ini nanti Insha Allah akan dapat dilaratkan kepada perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ada di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan secara berperingkat-peringkat.

 

Aplikasi mudah alih itu direka untuk memberikan faedah – faedah seperti berikut:

  1.       tiada lagi keperluan untuk beratur awal bagi mendapatkan nombor giliran disebabkan telah membuat tempahan jenis-jenis perkhidmatan Kad Pengenalan pada masa-masa yang dipilih;
     
  2.        meningkatkan effisiensi dan produktiviti dengan mengurangkan masa menunggu bagi pelanggan;
     
  3.        meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan serta mengurangkan waktu yang terbuang bagi pelanggan

Aplikasi Smart Q tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai menempah slot queue pendaftaran Kad Pengenalan lebih awal mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan. Bagi penggunaan aplikasi Smart Q berkenaan, orang ramai hanya perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi QueUP dari Appstore atau Googleplay
  2. Buka aplikasi dan daftar bagi QueUP
  3. Pilih waktu tempahan, Jabatan, Perkhidmatan, Cawangan
  4. Pilih waktu dan tarikh tempahan yang dikehendaki, klik 'Book' (tertakluk kepada slot yang ada)
  5. Nombor pengesahan dan bar kod akan diberikan kepada pemohon
  6. Semasa hari pendaftaran (mengikut jadual tarikh dan waktu yang ditempah oleh pemohon), pemohon hadir ke Bahagian Kad Pengenalan, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan 15 minit lebih awal sebelum jam waktu tempahan.
  7. Pemohon perlu mengimbas (scan) bar kod pada alat kiosk yang disediakan. Sistem akan memaklumkan nombor kaunter dan anggaran masa pemohon akan dilayan.
  8. Nombor giliran pemohon akan dipanggil bagi perkhidmatan pendaftaran. 
  9. Di samping tempahan awal ini, Bahagian Kad Pengenalan masih juga menerima orang ramai yang membuat permohonan secara "walk in" seperti dibuat sebelum ini.
Jerayawara Sistem Smart Q untuk memberigakan kepada orang ramai mengenai tatacara menggunakan aplikasi QueUP ini akan diadakan bermula pada 31 Julai 2017 hingga 07 Ogos 2017 di Ruang Legar, Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Jalan Menteri Besar. Orang ramai adalah dialu-alukan hadir untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai dengan pengunaan aplikasi ini. 
Attachments
Created at 31/07/2017 15:08 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 14/08/2017 15:09 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa