Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

01 JULAI 2017

Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) hari ini meraikan Ulang Tahun Penubuhan jabatan berkenaan yang Ke-59 Tahun dengan Majlis Sembahyang Sunat Hajat, Doa Kesyukuran dan Tahlil di Masjid Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Kampung Sungkai Akar, di sini.

1.png

Hadir ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

2.png

Atur Cara juga diselajurkan dengan penyerahan sumbangan derma anak-anak yatim dalam kalangan anak-anak kepada pegawai dan kakitangan jabatan tersebut yang telah kembali ke rahmatullah serta penyerahan derma bagi Tabung Dana Pembinaan Masjid.

3.png

Sempena Ulang Tahun Penubuhan JIPK Ke-59 tersebut akan diisikan dengan pelbagai program dan acara termasuk acara keagamaan, jerayawara, aktiviti-aktiviti sukan dan sosial.

Program dan akitiviti tersebut bagi mengeratkan lagi silaturahim dan perpaduan dalam kalangan pegawai serta kakitangan jabatan berkenaan.

Antara yang hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon selaku Penghulu Mukim Berakas 'B', Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd. Yusof, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan dari KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pegawai-pegawai serta kakitangan JIPK.
Attachments
Created at 03/07/2017 13:54 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 03/07/2017 13:54 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa