Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

16 - 17 MEI 2017

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan pada masa ini mengadakan mobile smoking cessation service bersempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2017 di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan bermula pada 16 hingga 17 Mei 2017 jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Tujuan perkhidmatan bergerak ini adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya merokok dan vaping. Ianya juga meningkatkan pengetahuan mengenai manfaat dan kaedah berhenti merokok. Perkhidmatan ini juga menjalankan pemeriksaan tekanan darah dan kadar karbon monoksida, disamping menyediakan kaunseling berhenti merokok bagi mereka yang berkeinginan untuk berhenti merokok.
Orang ramai adalah dialu-alukan hadir bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkhidmatan yang diberikan.

Attachments
Created at 17/05/2017 10:51 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 17/05/2017 10:51 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa