Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

06 MAC 2017

​Dalam usaha Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) menyediakan perkhidmatan yang lebih efisien dan mudah kepada orang ramai, JIPK melalui Bahagian Dokumen Perjalanan akan memperkenalkan perkhidmatan 'Tempahan Awal ' bagi tarikh dan masa untuk orang ramai membuat permohonan baru dan membaharui passport atau dokumen perjalanan Negara Brunei Darussalam.

2.            Melalui perkhidmatan Tempahan Awal ini. Orang ramai hanya perlu untuk menghubungi Bahagian Dokumen Perjalanan melalui talian telefon 2381856 atau 2382257 dan seterusnya menempah awal slot masa pada tarikh bersesuaian bagi membuat permohonan pasport. Panggilan bagi membuat tempahan awal (booking) boleh dibuat sekurang-kurangnya sehari sebelum cadangan tarikh membuat permohonan passport. Waktu bagi menerima panggilan bagi membuat tempahan adalah dari jam 8.30 sehingga 11.30 pagi.

3.            Untuk peringkat permulaan ini. Perkhidmatan ini hanya akan dilaksanakan di Ibu Pejabat, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Bandar Seri Begawan. Bagi mempastikan perlaksanaan perkhidmatan Tempah Awal ini berjalan dengan baik dan teratur. JIPK akan bermula dahulu melaksanakan perkhidmatan Tempahan Awal ini secara rintis bermula pada hari Selasa, 07 Mac 2017. Bagi mendapatkan keterangan lanjut mengenai dengan tatacara dan garispanduan mengenai dengan perkhidmatan Tempahan Awal ini, orang ramai bolehlah menghubungi JIPK melalui talian telefon 2381856 atau 2382257 semasa waktu pejabat atau melayari laman sesawang JIPK www.immigration.gov.bn.

4.            Dalam hubungan ini juga, JIPK ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa perkhidmatan bagi permohonan pasport secara walk-in sepertimana yang dibuat sebelum ini akan masih dijalankan seiring dengan Perkhidmatan Tempoh awal ini. Di samping itu juga, bagi kategori-kategori pemohon iaitu (1) Warga Emas berumur 60 tahun keatas. (2) kanak-kanak berumur 5 tahun kebawah. (3) OKU (Orang Kurang Upaya). (4) permohonan pasport Diplomatik dan Rasmi. Dan (5) gantian pasport yang dilaporkan hilang atau rosak. Permohonan bagi membuat atau membaharui pasport berkenaan boleh dibuat dengan hadir terus (walk-in) ke JIPK dan permohonan mereka akan dikendalikan secara fast-track di kaunter-kaunter khas yang telah disediakan.

5.            Dalam hubungan ini juga. JIPK ingin memaklumkan bahawasetiap menjelangnya musim cuti penggal persekolahan permohonan orang ramai untuk mendapatkan pasport juga turut meningkat daripada hari-hari biasa. Dalam hubungan ini, JIPK ingin menasihatkan orang ramai yang berhasrat untuk membuat perjalanan ke luar negara supaya akan dapat membuat perancangan lebih awal dengan membuat atau membaharui pasport lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan masalah.

6.            JIPK juga menasihatkan orang ramai yang akan membuat perjalanan ke luar negara supaya memastikan setiap dokumen perjalanan mereka adalah di dalam keadaan baik dan masih mempunyai tempoh sah laku  sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mansuh dan juga masih mempunyai ruang mukasurat kosong yang mencukupi untuk mengelakkan sebarang masalah dan kesulitan semasa membuat urusan bagi membuat perjalanan ke luar negeri.

Sila Muat Turun Borang Dokumen Perjalanan (Pasport) di Sini


Poster 03 (final).png

Attachments
Created at 06/03/2017 20:42 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 23/03/2017 09:17 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa