Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

06 FEBRUARI 2017

TAKLIMAT MEPENCEGAHAN RASUAH

blur.jpg

Taklimat ini diadakan di ‘Dewan Serbaguna’ Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan dengan kerjasama pegawai-pegawai Biro Mencegah Rasuah, Jabatan Perdana Menteri.

IMG_3956.JPG

Taklimat ini juga adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan tentang bahayanya melakukan perbuatan rasuah yang boleh merosakkan akhlak dan juga negara. Taklimat ini juga bagi menyahut seruan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu`izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa`adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Titah Sempena Menyambut Tahun Baru Masihi 2008 Pada 1 Januari 2008 " JANGAN anggap ' rasuah kecil ' tidak mengapa, tetapi ingatlah kepada risikonya. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, adalah sama-sama bernama penyakit, yang boleh menjejaskan negara. Negara yang karam dengan rasuah adalah negara yang malang. "

Attachments
Created at 07/02/2017 11:09 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 07/02/2017 11:33 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa