Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

6 NOVEMBER 2016

Kejohanan Futsal, Bola Jaring, satukan warga JIPK​

IMG-20161106-WA0066.jpg 

Kejohanan Futsal dan Bola Jaring bagi memperingati penubuhan Jabatan Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) ke 58 diadakan di Dewan Serbaguna UBD berakhir dengan majlis penyampaian hadiah di Dewan Serbaguna UBD.

Hadir selaku tetamu kehormat menyampaikan hadiah kepada pasukan-pasukan yang menjuarai Kejohanan Futsal dan Bola jaring di akhir kejohanan di sabelah petang ialah Pemangku Pengarah Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Liza Suriani binti Hj Ibrahim.

IMG-20161106-WA0040.jpg

JUARA Kejohanan Futsal,  Pasukan NR Futsal bergambar bersama  Pemangku Pengarah Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Liza Suriani binti Hj Ibrahim.

IMG-20161106-WA0049.jpg

Pasukan Kesan di tempat kedua

IMG-20161106-WA0050.jpg

IMG-20161106-WA0047.jpg

Gabungan Kuala Belait dan Pasukan Gabungan 3 United dari Cawangan Temburong memenangi bersama tempat ketiga.

IMG-20161106-WA0063.jpg

Pasukan Gabungan Pentadbiran, PPK dan PPA dipilih sebagai pasukan Fair Play

Ampuan Nurul Azemi bin Ampuan Hussin dinobatkan pemain terbaik kejohanan Futsal; Abd Hakeem Hj Abd Hassan Penjaga gol terbaik; Ihsan bin Zainudin dipilih sebagai pemain Fair Play; Pg Md Hazim bin Pg Mahmud sebagai penjaring terbanyak manakala pemain veteran terbaik ialah Md Zaini Bin Hj Talip.

Manakala Kejohanan Bola jaring yang diadakan di sebelah petang dimenangi olih Pasukan Merak, pasukan Flamingo di tempat kedua dan tempat ketiga disandang oleh pasukan Swan. Pemain terbaik perlawanan bola jaring dinobatkan kepada Dayang Norazimah binti Mohammad sementara Dayang Nursyuhaidah binti Ismail dipilih sebagai penjaring terbanyak.

Terdahulu di sabelah pagi kejohanan futsal bermula dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Timbalan Pengarah Pendaftaran Kebangsaan, Abdul Aziz bin Haji Sudin.

071116 PR JIPK3 

PENOLONG Pengarah Imigresen menyampaikan hadiah kepada Ampuan Nurul Azemi bin Ampuan Hussin  pemain terbaik  kejohanan Futsal

Sebelum bermulanya kejohanan futsal, tetamu kehormat diperkenalkan kepada ketua-ketua pasukan yang mengambil bahagian melibatkan pegawai dan kakitangan dari JIPK di semua Cawangan dan Pos Kawalan di ke empat-empat daerah.

Kejohanan Futsal di sabelah pagi yang diadakan secara Perlawanan Liga itu disertai oleh 9 buah pasukan terdiri dari pasukan Kesan; Tangkas; Gabungan 3 cawangan Kuala Belait; Awan Samudera ; Pasukan Gabungan Pentadbiran PPK dan PPA, Pasukan Kulimpapat; Pasukan Gabungan 3 Temburong; Pasukan Gabungan PKIKL dan Pasukan NR Futal.

Perlawanan futsal tahunan itu adalah bagi merebut Piala Pusingan sumbangan Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

071116 PR JIPK1 

PEMANGKU  Pengarah Imigresen Dan Pendaftaran Kebangsaan, Dayang Liza Suriani binti Hj Ibrahim  bergambar ramai bersama pasukan futsal dan bola jaring.

Sementara di sebelah petang telah diadakan Kejohanan Bola jaring secara liga yang juga melibatkan para pegawai dan kakitangan dari JIPK yang menampilkan tiga pasukan iaitu pasukan Swan, Merak dan Flamingo.

Ianya betujuan bagi menyatupadukan Pegawai dan kakitangan di setiap Bahagian dan Cawangan JIPK dengan mengambil kira amalan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan bersukan atau apa jua bentuk senaman.

Attachments
Created at 14/11/2016 10:11 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 14/11/2016 10:12 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa