Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

13 SEPTEMBER 2016

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Ibadah Korban yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), di Jalan Menteri Besar.

IMG_3076.JPG 

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

Turut hadir, Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, pengarah-pengarah dan timbalan-timbalan pengarah serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

IMG_3080.JPG

Majlis yang dikendalikan oleh JIPK itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Pegawai Imigresen Kanan, Awang Haji Halidi bin Haji Ahmad.

IMG_3095.JPG

Ini kemudian diteruskan dengan acara pengagihan daging korban kepada 30 penerima oleh tetamu kehormat.



Attachments
Created at 14/09/2016 10:37 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 10/10/2016 15:14 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa