Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

1 Januari 2016

PENGECUALIAN VISA BAGI WARGANEGARA CROATIA DAN LIECHTENSTEIN

Aturan Pengecualian visa secara timbal balas bagi kemasukkan warganegara Croatia untuk pemegang pasport Biasa, Diplomatik dan Rasmi sahaja bagi tujuan melawat atau melancong dan rasmi adalah bagi tempoh tinggal di Negara Brunei Darussalam tidak melebihi 90 hari berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016.

 

Aturan Pengecualian visa secara timbal balas bagi kemasukkan warganegara Liechtenstein untuk pemegang pasport Biasa, Diplomatik dan Rasmi sahaja bagi tujuan melawat atau melancong dan rasmi adalah bagi tempoh tinggal di Negara Brunei Darussalam tidak melebihi 90 hari berkuatkuasa bermula pada 1 Januari 2016.

 

Kemasukan warganegara Croatia dan Liechtenstein ke negara ini adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat pentadbiran yang dikenakan bagi pemberian kemudahan pengecualian visa sepertimana berikut:

  • Mempunyai dokumen perjalanan yang sah tempohnya dan dikeluarkan oleh Kerajaan Croatia dan Liechteinstien;
  • Memiliki tiket penerbangan balik ke negara asal atau ke destinasi yang lain dalam tempoh 90 dari tarikh ketibaan;
  • Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menanggung sara hidup semasa berada di Negara Brunei Darussalam;
  • Semasa berada di negara ini, pelawat-pelawat tersebut tidak dibenarkan menukar tujuan kemasukkannya dari lawatan kepada tujuan yang lain terutama bekerja
  • Pihak Imigresen berhak menegah kemasukkan mana-mana orang yang dinilaikan dalam kategori orang yang ditegah masuk ke negara ini di bawah Akta Imigresen dan juga orang yang tujuan kemasukkannya adalah mencurigakan.

PENGECUALIAN VISA BAGI WARGANEGARA REPUBLIK TURKI

Aturan Pengecualian visa secara timbal balas bagi kemasukkan warganegara  Republik Turki  untuk pemegang pasport Biasa, Diplomatik, Perkhidmatan dan Rasmi sahaja bagi tujuan melawat atau melancong dan rasmi adalah bagi tempoh tinggal di Negara Brunei Darussalam tidak melebihi 30 hari berkuatkuasa bermula pada 1 Jun 2016.

 

Kemasukan warganegara Turki ke negara ini adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat pentadbiran yang dikenakan bagi pemberian kemudahan pengecualian visa sepertimana berikut:

 

  • Mempunyai dokumen perjalanan yang sah tempohnya dan dikeluarkan oleh Kerajaan Republik Turki;
  • Memiliki tiket penerbangan balik ke negara asal atau ke destinasi yang lain dalam tempoh 30 dari tarikh ketibaan;
  • Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menanggung sara hidup semasa berada di Negara Brunei Darussalam;
  • Semasa berada di negara ini, pelawat-pelawat tersebut tidak dibenarkan menukar tujuan kemasukkannya dari lawatan kepada tujuan yang lain terutama bekerja
  • Pihak Imigresen berhak menegah kemasukkan mana-mana orang yang dinilaikan dalam kategori orang yang ditegah masuk ke negara ini di bawah Akta Imigresen dan juga orang yang tujuan kemasukkannya adalah mencurigakan.


KEMUDAHAN VISA ON ARRIVAL BAGI WARGANEGARA REPUBLIK RAKYAT CHINA

Perlaksanaan 'Visa on Arrival' bagi pemegang pasport Biasa warganegara Republik Rakyat China boleh dipohonkan apabila tiba di Pos-Pos Kawalan termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei Darussalam tanpa memohonkannya lebih awal melalui agensi pelancongan serta tanpa penjamin bermula pada 1 Mei 2016.

 

Kemudahan 'Visa on Arrival' ini adalah bagi mereka yang berhajat untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam atas tujuan melawat dan melancong serta rasmi sahaja bagi tempoh tinggal tidak melebihi 14 hari dari tarikh ketibaan.

 

Kemasukan warganegara Republik Rakyat China ke negara ini adalah juga tertakluk kepada syarat-syarat pentadbiran yang dikenakan bagi pemberian kemudahan 'visa on arrival' sepertimana berikut:

 

  • Mempunyai dokumen perjalanan yang sah tempohnya dan dikeluarkan oleh Kerajaan Republik Rakyat China;
  • Memiliki tiket penerbangan balik ke negara asal atau ke destinasi yang lain dalam tempoh 14 dari tarikh ketibaan;
  • Mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menanggung sara hidup semasa berada di Negara Brunei Darussalam.
  • Semasa berada di negara ini, pelawat-pelawat tersebut tidak dibenarkan menukar tujuan kemasukkannya dari lawatan kepada tujuan yang lain terutama bekerja
  • Pihak Imigresen berhak menegah kemasukkan mana-mana orang yang dinilaikan dalam kategori orang yang ditegah masuk ke negara ini di bawah Akta Imigresen dan juga orang yang tujuan kemasukkannya adalah mencurigakan.

 

Warganegara Republik Rakyat China yang berhajat untuk masuk ke negara ini secara Visa on Arrival adalah juga dikehendaki untuk mengisikan Borang 19 (Form 19.pdf) dan borang visa (Visa Application Form.pdf) semasa hendak masuk melalui pos-pos kawalan imigresen di negara ini.



Attachments
Created at 30/05/2016 11:29 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa
Last modified at 10/10/2016 15:45 by Abdul Mu'iid Bin Mustaffa