Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksVisa Lawatan dan Diplomatik

Bahagian Visa, lawatan dan Diplomatik bertanggungjawab untuk menerima dan memproses:

  1. Permohonan Pas Lawatan
  2. Permohonan visa dan Pas Professional
  3. Permohonan visa dan Pas Perniagaan
  4. Permohonan visa dan Pas Penuntut 
  5. Permohonan visa dan Pas Diplomatik
  6. Kebenaran bagi warganegara / penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang ingin berkahwin dengan warga asing
  7. Kad Urusan Perjalanan ABTC (KUPA) 

Sila rujuk Tekad Pemedulian Orang ramai (TPOR) bagi tempoh perlaksanaan perkhidmatan.

MAKLUMAT SEBELUM MASUK KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 
MAKLUMAT SEMASA BERADA DI BRUNEI DARUSSALAM

Visa yang dikeluarkan oleh pihak Negara Brunei Darussalam adalah kebenaran masuk sementara bagi warga asing ke negera ini tetapi ianya tidaklah menjamin kemasukkannya secara mutlak dan masih berpandukan kepada proses pemeriksaan imigresen semasa di pos - pos kawalan imigresen. 

Warga Asing yang berhajat untuk masuk ke Negara Brunei Darussalam di nasihatkan supaya:

  • Memeriksa keperluan visa dan dokumen perjalanan sebelum belayar. 
  • Visa hendaklah dipohonkan seperti yang telah ditetapkan.
  • Negara yang dikecualikan visa bagi tujuan lawatan rasmi dan sosial bolehlah melayari website Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di http://www.mfa.gov.bn/Pages/Visa-Information.aspx
  • Memohon Visa sebelum masuk ke Negara Brunei Darussalam jika pemohon berhajat untuk tinggal lebih lama iaitu melebihi tempoh tinggal yang dikecualikan.

Semasa di kaunter pemeriksan imigresen di pos-pos kawalan, pas imigresen akan di bubuh/cop di dalam dokumen perjalanan. Pemegang haruslah mengambil maklum mengenai tempoh kebenaran tinggal di Brunei Darussalam yang telah diberikan.

Penyambungan bagi Pas lawatan sosial, Pas lawatan professional atau Pas lawatan perniagaan di Brunei Darussalam bolehlah dipohonkan terus ke bahagian Visa, Lawatan dan Diplomatik, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan. 

Orang ramai disarankan untuk memuat turun dan membuat tempahan nombor giliran melalui Aplikasi QueUP dari AppStore atau GooglePlay bagi permohonan penyambungan visa lawatan/ permohonan pas penuntut, surat kebenaran permohonan visa dan visa masuk semula (re-entry visa).

Permohonan secara walk-in sepertimana yang dibuat sebelum ini masih dijalankan seperti biasa.