Belajar di Brunei Darussalam
Visa Penuntut
Cara memohon Visa Penuntut
Untuk memohon visa tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya melalui
penjamin tempatan ke bahagian Visa Lawatan dan Diplomatik di Tingkat Satu Bangunan Jabatan
Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada
waktu-waktu pejabat saja. Visa penuntut juga yang boleh dipohon melalui Kedutaan atau
Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam (di luar negeri).
- Pemohon hendaklah mempunyai pasport yang sah tidak kurang dari 6
bulan tempoh mansuh sebelum masuk ke negara ini
- Surat sokongan dari pihak Institusi yang hendak menerima dia belajar
- Dua keping gambar ukuran pasport
Harga Visa Penuntut
Untuk sekali perjalanan - B $15.00