Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600
PENGENALAN
Bahagian ini bertanggungjawab dalam memproses permohonan Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
SECARA KUATKUASA MUTLAK UNDANG-UNDANG (BAB 4 DARI AKTA TARAF KEBANGSAAN BRUNEI)
Syarat Kelayakan Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam :
1- Ayat diiktiraf sebagai Rakyat Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
2- Menetap secara sah di Negara Brunei Darussalam semasa permohonan dibuat.
SECARA PENDAFTARAN [BAB 5(1), 5(6) DAN 6(1) DARI AKTA TARAF KEBANGSAAN BRUNEI]
BAB 5(1) PEMOHON YANG LAHIR DALAM NEGERI
Syarat kelalayakan bagi Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam:
- Pemohon telah mencapai 18tahun semasa permohonan dibuat
- Pemohon diiktirafkan sebagai Penduduk Tetap dengan memiliki Permit Masuk/Permit Tinggal selama 12 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan
- Menetap secara berterusan di Negara Brunei Darussalam selama 2 tahun sebelum permohonan dibuat
Syarat kelayakan menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam:
- Berkelakuan baik (akan dinilai oleh pihak-pihak yang berkenaan)
- Lulus Ujian Bahasa Melayu
- Hendaklah melucut Taraf Kewarganegaraan Asal
- Mengangkat Sumpah Taat Seta (setelah mendapat Limpah Kurnia Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
BAB 5(6) MEMOHON TARAF MENGIKUT SUAMI WARGANEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Syarat Kelayakan Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Pemohon (Perempuan) yang bersuamikan seorang Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Telah berkahwin selama tidak kurang daripada 5 tahun semasa permohonan dibuat
- Pemohon diiktiraf sebagai Penduduk Tetap dengan memiliki Permit Masuk/ Permit Tinggal selama tidak kurang daripada 3 tahun semasa permohonan dibuat
- Menetap di Negara Brunei Darussalam semasa permohonan dibuat
Syarat Kelayakan Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Berkelakuan baik (akan dinilai oleh pihak-pihak yang berkenaan)
- Hendaklah melucutkan Taraf Kewarganegraan Asal
- Mengangkat Sumpah Taat Setia (setelah mendapat Limpah Kurnia Perkenaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam)
BAB 6(1) MEMOHON TARAF MENGIKUT AYAH/IBU/IBU BAPA ANGKAT WARGANEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Syarat Kelayakan Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Pemohon masih dibawah umur 18 tahun semasa permohonan dibuat
- Ayah/Ibu/Ibu Bapa Angkat diiktirafkan sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Menetap secara sah di Negara Brunei Darussalam semasa pemohonan dibuat.
Syarat Kelayakan Menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Berkelakuan baik (akan dinilai oleh pihak-pihak yang berkenaan)
- Hendaklah melucutkan Taraf Kewarganegraan Asal
BAB 8(1) PEMOHON YANG LAHIR LUAR NEGERI
Syarat Kelayakan Memohon Taraf sebagai Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Pemohon masih dibawah umur 18 tahun semasa permohonan dibuat
- Pemohonan diiktirafkan sebagai Penduduk Tetap dengan memliki Permit Masuk/Permit Tinggal selama 20 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan
- Menetap secara berterusan di Negara Brunei Darussalam selama 2 tahun sebelum permohonan dibuat.
Syarat Kelayakan Menjadi Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
- Berkelakuan baik (akan dinilai oleh pihak-pihak yang berkenaan)
- Lulus ujian Bahasa Melayu