HUBUNGI KAMI
MAKLUMAT TERKINI & BERITA
MUAT TURUN BORANG
HALAMAN UTAMA
STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH RINGKAS
Di samping Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Kebangsaan juga memainkan peranan penting di dalam memberikan perkhidmatannya kepada masyarakat di negara ini. Terdapat 3 buah bahagian yang berfungsi dibawah  Jabatan ini dalam memikul tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, diantaranya adalah :

1- Pejabat Pendaftaran Taraf Kebangsaan
2- Pejabat Pendaftaran Kebangsaan
3- Pejabat Pendaftaran Kelahiran, Kematian, dan Anak Angkat.





Setelah lebih dari dua tahun Pejabat Imigresen beroperasi maka pada 1 Januari 1961 satu lagi undang-undang telah dikuatkuasakan yang digelar Undang-undang Taraf Kebangsaan 1961. Bagi perlaksanaan undang-undang ini, Pengawal Imigresen pada waktu Awang Tom Mackie telah juga dilantik sebagai Pendaftar Taraf Kebangsaan dengan dibantu oleh 2 orang Timbalan Taraf Kebangsaan.




Awang Tom Mackie (juga selaku Pengawal Imigresen)




Awang Chua Kong Soo (juga selaku Pengawal Imigresen Kanan)
Awang Yahya bin Mohd. Yusof


Dengan berkuatkuasa Undang-Undang Pendaftaran Kebangsaan terbentuk lagi 1 Jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan yang mengambil tempat yang sama iaitu di Tingkat 1 Bangunan Tukang Perak, Jalan Roberts sebagai ibu pejabat. Pada 6 September 1962 Awang Tom Mackie telah dilantik sebagai Pendaftar Perkahwinan mengikuti Bab 8 dari Undang-Undang Pendaftaran Perkahwinan disamping menjalankan jawatan-jawatannya yang sedia ada.

Sesuai dengan keperluan negara dan kehendak masa maka 1 Mac 1965 satu lagi Undang-Undang telah dikuatkuasakan yang digelar sebagai Undang-Undang Pedaftaran Kebangsaan 1964 bagi menggantikan Undang-Undang serupa yang dikuatkuasakan pada 10 Jun 1949 dan dihentikan dalam awal tahun 1957. Bagi melicinkan perlaksanaan Undang-Undang baru ini Timbalan pengawal Imigresen pada waktu itu Awang Mohd Jaafar bin Haji Daud telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pendafatarn Kebangsaan dan dibantu oleh seorang Timbalan Pesuruhjaya (Awang John W.H. Cardoza) dan dua orang Pegawai Pendaftaran (Pengiran Dewa bin Pengiran Omar dan Awang Mohd. Jamil bin Ahmad).

Pada 1 Januari 1986 Undang-Undang Imigresen 1956 telah dikemaskinikan dan dikenali sebagai Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 (Immigration Act and Regulation Chapter 17).
Sebelumnya
[1]
[2]
[3]
  
JABATAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN
PEJABAT PENDAFTARAN KEBANGSAAN
PENDAFTAR TARAF KEBANGSAAN
TIMBALAN PENDAFTAR TARAF KEBANGSAAN
TENTANG JIPK

PERKHIDMATAN
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600