Bahagian Pendaftaran Kebangsaan
BAHAGIAN PENDAFTARAN TARAF KEBANGSAAN (WARGANEGARA)
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan.
Bahagian ini memproses permohonan untuk mendapatkan taraf sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Di samping itu juga, bahagian ini memberikan pengesahan taraf kerakyatan mengikut kategori bab yang ditentukan di bawah Akta Taraf Kebangsaan Brunei.
BAHAGIAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN - KAD PENGENALAN PINTAR
Bahagian ini diketuai oleh Ketua Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan. Bahagian ini berperanan dalam memproses dan mengeluarkan tiga jenis kad pengenalan Pintar iaitu Kad Pengenalan Pintar (Warna Kuning) bagi Warganegara Brunei Darussalam; Kad Pengenalan Pintar (Warna Ungu) bagi Penduduk Tetap dan Kad Pengenalan Pintar (Warna Hijau) bagi Warganegara asing yang tinggal secara sah di Negara ini melebihi 3 bulan.
BAHAGIAN PENDAFTARAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT
Bahagian ini diketuai oleh Ketua Pegawai Pendaftaran Kebangsaan Kanan. Bahagian ini berperanan bagi memproses pendaftaran semua kelahiran dan kematian serta anak angkat di Negara Brunei Darussalam.
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600