Bahagian Visa, Lawatan dan Diplomatik
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Imigresen Kanan
Bahagian ini berperanan dalam:
- Memproses dan memberikan kebenaran bagi Visa dan Pas Melawat Sosial; Visa dan Pas Melawat Professional, Visa dan Pas Melawat (Business), permohonan dan kebenaran Pas Penuntut.
- Memproses Permohonan Berkahwin bagi orang-orang asing dengan warganegara atau penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
- Memproses permohonan Kad ABTC (Apec Business Travelling Cards) dan Visa Endorsement Pas Kerja Kakitangan Perwakilan Negara asing di Negara Brunei Darussalam.
Bahagian Dokumen Perjalanan
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Imigresen Kanan.
Bahagian ini memproses dan mengeluarkan pasport/dokumen perjalanan kepada:
- Warganegara Brunei Darussalam
- Penduduk tetap Negara Brunei Darussalam
Jenis pasport/dokumen perjalanan yang dikeluarkan:
- Pasport Negara Brunei Darussalam (E-Pasport)
- Pasport Diplomatik
- Sijil Pengenalan Biasa (General Certificate of Identity)
- Sijil Pengenalan Antarabangsa (International Certificate of Identity)
- Pasport Haji (dikeluarkan pada musim haji)
Bahagian Kawalan dan Perangkaan
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Imigresen Kanan
Bahagian ini bertanggungjawab dalam:
- Mengawasi dan memastikan kelancaran semua Pos-Pos Kawalan di Negara Brunei Darussalam
- Mengeluarkan arahan-arahan tertentu dan membuat jadual bertugas (roster) bagi semua pos kawalan
- Mengadakan lawatan ke pos-pos kawalan bagi memastikan kelancaran tugas dan arahan-arahan serta undang-undang dan peraturan dilaksanakan dengan teratur.
- Bertanggungjawab dalam mencetak bar kod Borang 19 (Kad Turun Naik) yang dihantar dari Jabatan Percetakan Kerajaan.
- Bertanggungjawab dalam mengendalikan Hal-Ehwal Perangkaan.
Bahagian Permit Masuk
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Imigresen Kanan
Bahagian ini berperanan dalam:
- Memproses permohonan untuk mendapatkan Taraf Penduduk Tetap
- Mengeluarkan Re-Entry Permit/Visa
Bahagian Penguatkuasaan dan Undang-Undang
Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Pegawai Imigresen Kanan
Bahagian ini bertanggungjawab:
- Memastikan tidak ada pelanggaran Akta Imigresen/Pasport dan Peraturan-Peraturannya.
- Membuat pengintipan, rondaan dan operasi
- Mengendali hal ehwal penyiasatan dan seterusnya pendakwaan di Mahkamah bagi kes-kes di bawah Akta Imigresen, Akta Pasport dan Akta Pendaftaran Kebangsaan
- Membuat sokongan terhadap pesalah-pesalah yang dikategorikan boleh membahayakan/menjejaskan keselamatan negara untuk diklasifikasikan sebagai orang yang ditegah masuk.
- Membuat Pengusiran ke atas Warganegara Asing yang melakukan kesalahan.
- Mengadakan operasi bersepadu dengan agensi-agensi penguatkuasaan yang lain
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600