HALAMAN UTAMA
TENTANG JIPK
HUBUNGI KAMI
MAKLUMAT TERKINI & BERITA
MUAT TURUN BORANG
STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH RINGKAS

PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGUATKUASAAN
AKTA DAN PERATURAN YANG DIKUATKUASAKAN

1. Akta dan Peraturan Imigresen (Penggal 17)
2. Akta dan Peraturan Pasport - Pasport (Penggal 146)
3. Akta dan Peraturan Pendaftaran Taraf Kebangsaan (Penggal 15)
4. Akta dan Peraturan Pendaftaran Kebangsaan (Penggal 19)
5. Akta dan Peraturan Pendaftaran Beranak dan Mati (Penggal 79)
6. Akta dan Peraturan Kelahiran dan Anak Angkat (Penggal 123)
7. Perintah Penyeludupan dan Perdagangan Manusia Tahun 2004
BAB
DEFINISI
HUKUMAN

5 (1)
Masuk ke Negara ini tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen yang diisytiharkan
1. Boleh didenda sebanyak $2,000 atau penjara selama 6 bulan

2. Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak melebihi $600.00 di bawah peruntukan Bab 58(1)(a)
5 (2)
Keluar dari Negara ini tanpa melalui Pos Kawalan Imigresen yang diisytiharkan
1. Boleh didenda sebanyak $2,000 atau penjara selama 6 bulan

2. Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak melebihi $600.00 di bawah peruntukan Bab 58(1)(a)

 

6 (1) (c)
Masuk dan Tinggal di negara ini tanpa mempunyai Pas Imigresen yang sah/Pendatang Haram
Penjara tidak kurang dari 3 bulan dan tidak melebihi 2 tahun dan sebat tidak kurang dari 3 kali sebatan

15 (1)
Tinggal lebih Masa setelah Pas Imigresennya mansuh
Jika tidak Melebihi 90 hari:
Penjara bagi tempoh tidak melebihi dari 6 bulan atau denda tidak melebihi $4,000 di bawah peruntukan Bab 15(2)(a).

Jika Melebihi 90 hari:
Penjara tidak kurang dari 3 bulan dan tidak melebihi 2 tahun dan sebat tidak kurang dari 3 kali sebatan.

Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak melebihi $600.00 di bawah peruntukan Bab 58(1)(a)
28 (3) (d)
Mana-mana orang dengan mengetahui mengemukakan sebarang dokumen palsu atau mengelirukan
Boleh didenda sebanyak $2,000 atau penjara selama 6 bulan di bawah peruntukan Bab 58
36
Mana-mana orang yang kembali memasuki negara ini secara haram selepas diusir
Penjara tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi dari 3 tahun dan boleh didenda sebanyak $6,000.00 di bawah Bab 36.
55 (1) (a)
Memasuki secara haram atau cuba memasuki secara haram/tidak sah ke Negara Brunei Darussalam (Attempted to enter)
Penjara tidak kurang dari 3 tahun dan tidak melebihi dari 2 tahun dan didenda sebanyak $4,000.00.
55 (1) (b)
Bersubahat dengan mana-mana orang untuk memasuki atau meninggalkan negara ini dengan melanggar syarat-syarat dari Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen
Penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 7 tahun dan sebat tidak kurang dari 3 kali sebatan
55 (1) (c)
Mengambil bahagian dalam perniagaan membawa masuk pesalah Imigresen ke negara ini
Penjara tidak kurang dari 2 tahun dan tidak melebihi 7 tahun dan sebat tidak kurang dari 3 kali sebatan
55 (1) (d)
Memberikan Perlindungan kepada Pesalah Imigresen (Harbouring) yang melanggar syarat-syarat dari Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen dengan cara memberikan tempat tinggal/memberi makan/ minum dengan cara untuk menyembunyikannya
Penjara selama satu tempoh tidak melebihi dari 2 tahun, satu denda tidak kurang dari $3,000 tetapi tidak melebihi dari $6,000 atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan kedua atau berikutnya, penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 4 tahun, suatu denda tidak kurang dari $6,000 tetapi tidak melebihi dari $12,000 atau kedua-duanya sekali di bawah peruntukan Bab 55 (1)(iii).

55 (1) (e)
Mengambil bekerja atau menggaji pesalah Imigresen (Employed) yang melanggar syarat-syarat Bab 6, Bab 15 atau 36 dari Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen.
Penjara selama satu tempoh tidak melebihi dari 2 tahun, satu denda tidak kurang dari $3,000 tetapi tidak melebihi dari $6,000 atau kedua-duanya sekali, dan dalam hal suatu kesalahan kedua atau berikutnya, penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 4 tahun, suatu denda tidak kurang dari $6,000 tetapi tidak melebihi dari $12,000 atau kedua-duanya sekali di bawah peruntukan Bab 55 (1)(iii).
55 (1) (k)
Dengan membuat keterangan palsu mendapatkan atau cuba mendapatkan suatu permit masuk atau masuk semula, pas atau perakuan untuk mana-mana orang lain.

Boleh dipenjara tidak melebihi dari 6 bulan dan denda tidak melebihi $2,000 dibawah peruntukan Bab 55 (1)(iv)
55 (1) (l)
Menggunakan atau tanpa kebenaran yang sah ada dalam miliknya sebarang permit masuk atau masuk semula, pas atau perakuan atau dokumen lain yang palsu, yang diubah dengan menyalahi undang-undang atau yang luar aturan yang dikeluarkan dibawah  Akta atau Peraturan-Peraturannya atau sebarang permit, pas atau perakuan cemas atau dokumen lain yang dikeluarkan itu dalam mana sebarang catatannya telah diubah dengan menyalahi undang-undang.

Boleh dihukum penjara selama satu tempoh yang tidak melebihi 1 tahun, denda tidak melebihi $4,000 atau  kedua-duanya sekali di bawah peruntukan Bab 55 (1)(iv)
55B (1)
Penghuni satu tempat kerja yang mengawal kemasukan ke tempat kerja itu tidaklah boleh membenarkan mana-mana Pesalah Imigresen untuk memasuki dan tinggal di tempat kerja itu.
Penjara   tidak lebih 1 tahun, atau boleh didenda tidak melebihi daripada $6,000 dan tidak lebih dari $12, 000 atau  kedua-duanya sekali bagi setiap salah seorang Pesalah Imigresen yang di jumpai ditempat tersebut di bawah peruntukan Bab 55 (6)

Kesalahan Kedua dan Berikutnya
Penjara   tidak lebih 2 tahun, atau boleh didenda tidak kurang daripada $12,000 dan tidak lebih dari $24, 000 atau  kedua-duanya sekali bagi setiap seorang Pesalah Imigresen yang dijumpai di tempat tersebut di bawah peruntukan Bab 55 (6)

KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA IMIGRESEN PENGGAL 17
PER
DEFINISI
HUKUMAN

9 (4)
Mana-mana pemegang Pas Lawatan Sosial atau Pelancong di Negara Brunei Darussalam tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk pekerjaan bergaji ataupun tidak
Boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak lebih dari $2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak kurang daripada $500.00 dan tidak melebihi dari $600.00 dibawah peruntukam Bab 58 A (1)(a)

15 (2)
Mana-mana orang asing yang bekerja di Negara ini hendaklah berkerja dengan majikan yang asal
Boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak lebih dari $2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak kurang daripada $500.00 dan tidak melebihi dari $600.00 dibawah peruntukam Bab 58 A (1)(a)

15 (3)
Mana-mana orang asing yang bekerja di negara ini hendaklah melakukan pekerjaan mengikut apa yang tercatat di dalam Pas Kerjanya itu
Boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak lebih dari $2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak kurang daripada $500.00 dan tidak melebihi dari $600.00 dibawah peruntukam Bab 58 A (1)(a)

15 (4)
Mana-mana majikan hendaklah dengan serta merta memberitahu kepada Pengawal Imigreresen :-
Gagal mengambil pekerjaan misalnya Pekerja lari
Diberhentikan atau meninggalkan pekerjaan : misalnya Majikan mengarahkan pekerja bekerja ke tempat lain

Boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak lebih dari $2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak kurang daripada $500.00 dan tidak melebihi dari $600.00 dibawah peruntukan Bab 58 A (1)(a)
16 (3)
Mana-mana pemegang Pas Tanggungan di negara ini tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang bentuk pekerjaan tanpa persetujuan bertulis daripada Pengawal Imigresen
Boleh dihukum penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda tidak lebih dari $2,000.00 atau kedua-duanya sekali di bawah Peraturan 35(2) Peraturan-Peraturan Imigresen.
Boleh ditawarkan kompaun dengan mengutip tidak kurang daripada $500.00 dan tidak melebihi dari $600.00 dibawah peruntukan Bab 58 A (1)(a)

35 (1)
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi sebarang peruntukan peraturan 9,11, 15 atau 16 adalah melakukan kesalahan
dan hendaklah apabila disabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 6 bulan atau suatu denda yang tidak melebihi dari $2000 atau kedua-duanya sekali.


35 (2)
Mana-mana pemegang sebarang pas yang dikeluarkan di bawah peraturan-peraturan ini yang tanpa alasan yang munasabah melanggar atau gagal mematuhi sebarang Akta tersebut atau sebarang peraturan ini atau sebarang syarat yang dikenakan berkaitan dengan atau arahan tercatat pada Pas itu adalah melakukan kesalahan

dan hendaklah apabila disabit kesalahan dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dari 6 bulan atau suatu denda yang tidak melebihi dari $2000 atau kedua-duanya sekali.
KESALAHAN-KESALAHAN DIBAWAH PERATURAN IMIGRESEN PENGGAL 17
PER
DEFINISI
HUKUMAN

3 (1)
Tiap-tiap orang yang memasuki Negara Brunei Darussalam hendaklah mengemukakan sesuatu pasport kepada seseorang Pengawal Imigresen
Boleh didenda tidak lebih dari $5,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun dibawah peruntukan Bab 12(2) Akta Pasport-Pasport Penggal 146
3 (2)
Tiap-tiap orang yang meninggalkan Negara Brunei Darussalam hendaklah mengemukakan sesuatu pasport kepada seseorang Pengawal Imigresen
Boleh didenda tidak lebih dari $5,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 3 tahun di bawah Peruntukan Bab 12(2)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146

12 (1)(a)
Memalsukan, menukar atau mengubah kandungan sebarang pasport atau surat perjalanan dalam negeri, atau sebarang visa atau catitan didalamnya atau tanpa kebenaran yang sah menggunakan atau mempunyai ada pada miliknya sebarang pasport atau surat perjalanan dalam negeri yang telah dipalsukan, ditukar atau diubah kandungannya demikian.

Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun di bawah Peruntukan Bab 12(1) (a)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146
12 (c)
Menyamar atau mengaku dirinya dengan palsu sebagai atau bukan sebagai seorang yang kepada siapa sesuatu pasport atau surat perjalanan dalam negeri telah dikeluarkan dengan sewajarnya

Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun dibawah peruntukan Bab 12(1) (c) Akta Pasport-Pasport Penggal 146
12 (1)(f)
Membenarkan sesiapa jua orang supaya memiliki sebarang pasport atau surat perjalanan dalam negeri yang telah diperolehi akibat dari membuat kenyataan mustahak yang palsu atau meneglirukan atau akibat dari mengemukakan keterangan palsu.
Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun dibawah peruntukan Bab 12(1) (f)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146
12 (1)(g)
Tanpa kebenaran yang sah ada mempunyai pada misalnya sebarang pasport atau surat perjalanan yang telah dikeluarkan bagi kegunaan seseorang selain dirinya sendiri.
Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun dibawah peruntukan Bab 12(1) (g)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146


12 (1)(h)
Dengan sengaja membuat sesiapa jua supaya memasuki Negara Brunei Darussalam bertentangan dengan perintah ini

Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun di bawah peruntukan Bab 12(1) (h)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146

12 (1) (i)
Dengan sengaja membantu siapa jua orang supaya melanggar peraturan ini
Boleh didenda tidak lebih dari $10,000 dan boleh dihukum penjara bagi suatu tempoh yang tidak melebihi 5 tahun di bawah Peruntukan Bab 12(1) (i)  Akta Pasport-Pasport Penggal 146
KESALAHAN-KESALAHAN DI BAWAH AKTA PASPORT-POSPORT PENGGAL 146
Bagi awda yang mempunyai maklumat mengenai mereka-mereka yang cuba melanggar Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen ini bolehlah membuat aduan dengan menekan 'bar' seperti berikut. Kerjasama awda sangatlah kami hargai.
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600