BAHAGIAN PENDAFTARAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT
PENGENALAN
Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat adalah salah satu bahagian yang terpenting di JIPK. Fungsi utama bahagian ini adalah mengeluarkan SIJIL KELAHIRAN, SIJIL KEMATIAN dan SIJIL PENDAFTARAN ANAK ANGKAT.
2. KEMATIAN- BAB 12(3)
2.1. TEMPOH MELAPOR/MENDAFTAR
- 12 jam tidak termasuk waktu perjalanan (Pendaftaran Biasa)
- 3 hari selepas 12 jam (Pendaftaran Tertangguh)
- Lebih 3 hari adalah (Pendaftaran Lewat)
2.2. SIAPA YANG BERHAK MELAPORKAN/MENDAFTARKAN
- Ahli Keluarga Simati yang mengetahui tentang kematian tersebut
- Sesiapa yang hadir semasa berlaku kematian
- Penghuni rumah yang mengetahui akan kematian
- Sesiapa yang menjumpai/mengendalikan mayat
2.3. TEMPAT MELAPOR/MENDAFTARK
Mengikut kawasan dan daerah di mana kematian tersebut berlaku.
2.4. KATEGORI PENDAFTARAN KEMATIAN:
- Kematian yang mempunyai PENGESAHAN DOKTO/PEGAWAI PERUBATAN. [Kematian di rumah sakit atau klinik-klinik kesihatan Kerajaan]
- Kematian TANPA PENGESAHAN DOKTOR iaitu kematian di rumah/tempat kediaman dan sebagainya.
2.5 DOKUMEN YANG DISERTAKAN
- KEMATIAN YANG MEMPUNYAI PENGESAHAN DOKTOR/PEGAWAI PERUBATAN:
- Borang 'F' (Pengesahan Kematian)
- Kad Pengenalan Simati (akan dikembalikan ke Bahagian Kad Pengenalan)
- Pasport Simati (bagi Warganegara Asing)
- Sijil Kelahiran Simati
- Kad Pengenalan Pelapor.
- KEMATIAN TANPA PENGESAHAN DOKTOR/PEGAWI PERUBATAN:
- Surat Pengesahan Kematian dari Penghulu/Ketua Kampung dimana kematian berlaku
- Kad Pengenalan Simati (akan dikembalikan ke Bahagian Dokumen Perjalanan)
- Sijil Kelahiran Simati
- Kad Pengenalan Pelapor
- Kad Pesakit Luar Simati
1. KELAHIRAN - BAB 12(1)
1.1. TEMPOH MENDAFTAR
- Tempoh untuk melaporkan mengenai kelahiran ialah 14 hari dari tarikh anak damit tersebut dilahirkan. (Pendaftaran Biasa)
- Lebih 14 hari hingga 42 hari (Pendaftaran Tertangguh)
- Lebih 43 hari (Pendaftaran Lewat)
1.2. SIAPA YANG BERHAK MELAPORKAN/MENDAFTARKAN
- Bapa Kandung
- Ibu Kandung
- Ahli Keluarga yang mengetahui kelahiran tersebut (Kelahiran yang bukan dilaporkan oleh bapa kandung mestilah menyertakan Surat kebenaran/Surat Wakil dari bapa Kandung Anak Damit).
1.3. TEMPAT MELAPOR/MENDAFTAR
Setiap kelahiran mestilah dilaporkan mengikut kawasan dan daerah dimana kelahiran tersebut berlaku.
1.4. DOKUMEN YANG DISERTAKAN
Borang Kenyataan Beranak dari Pihak Hospital/Klinik.
1.4.1 DOKUMEN AYAH DAN IBU KEPADA ANAK DAMIT:
- Sijil Kelahiran/Surat Pengakuan Kelahiran
- Sijil Kerakyatan/Surat Pengesahan Taraf Kerakyatan/Endosmen Taraf Kerakyatan di belakang Sijil Kelahiran.
- Kad Pengenalan/ Kad Waran Polis/Kad ABDB
- Sijil Nikah/Kahwin (jika berkahwin di luar negeri (bagi yang beragama Islam) hendaklah disahkan oleh Mahkamah Syariah, Negara Brunei Darussalam, manakala bagi yang berkahwin di luar negari (yang bukan beragama Islam hedaklah didaftarkan ke Pejabat Peguam Negara.
- Dokumen Perjalanan (Bagi pemegang Surat Pengenalan ICI, sila gambarkan pada ruangan butir peribadi dan Re-entry Permit/Visa yang masih sah dan bagi pemegang Pasport Warganegara Asing- sila gambarkan pada ruangan butir peribadi jaminan Pas Kerja, Pas Melawat dan Visa Kemasukan yang terbaru)
- Permit Mastautin (Residence Permit)/Permit Masuk (Entry Permit)
- Surat Akuan Islam (jika berkenaan)
- Sijil Cerai/Rujuk (jika ibu telah bercerai semasa mengandung)
- Sijil Kematian (jika bapa anak damit tersebut telah meninggal dunia.
- Sijil Kelahiran bagi anak-anak yang terdahulu (sebelum anak yang dipohonkan)
- Kad Pengenalan dan Surat Kebenaran/Surat Wakil jika pelapor bukan Ayah Kandung
- Surat Sumpah bagi yang mempunyai dua nama (jika berkenaan)
1.4.3. DOKUMEN TAMBAHAN YANG PERLU DISERTAKAN:
- Jika ayah anak damit adalah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Bab 4(1)(b), 4(1)(c)(ii), 4(1)(d), 4(1)(e), 5(1), 6(1) dan 8(1)- [Untuk proses Pengesahan Taraf Kerakyatan- cop endos di belakang Sijil Kelahiran)
1.4.3.1 DOKUMEN AYAH dan IBU KEPADA ANAK DAMIT:
- Sijil Kelahiran/Surat Pengakuan Kelahiran
- Sijil Kerakyatan/Surat Pengesahan Taraf Kerakyatan/Endosmen Taraf Kerakyatan di belakang Sijil Kelahiran.
- Kad Pengenalan/ Kad Waran Polis/Kad ABDB
- Sijil Nikah/Kahwin (jika berkahwin di luar negeri (bagi yang beragama Islam) hendaklah disahkan oleh Mahkamah Syariah, Negara Brunei Darussalam, manakala bagi yang berkahwin di luar negara (yang bukan beragama Islam hedaklah didaftarkan ke Pejabat Peguam Negara.
- Permit Mastautin (Residence Permit)/Permit Masuk (Entry Permit)
- Surat Akuan Islam (jika berkenaan)
- Sijil Cerai/Rujuk (jika berkenaan)
- Sijil Kematian (jika berkenaan)
1.4.3.2. DOKUMEN NENEK KEPADA ANAK DAMIT:
- Sijil Kerakyatan/Surat Pengesahan Taraf Kerakyatan/Endosmen Taraf Kerakyatan di belakang Sijil Kelahiran.
- Kad Pengenalan/ Kad Waran Polis/Kad ABDB
- Sijil Kelahiran/Surat Pengakuan Kelahiran
- Sijil Kematian (jika berkenaan)
1.4.3.3. DOKUMEN TAMBAHAN:
- Sijil Kelahiran bagi anak-anak yang terdahulu (sebelum anak yang dipohonkan)
3. CABUTAN SALINAN SAH SIJIL KELAHIRAN/KEMATIAN - BAB 10 (1)(2)
Dokumen - Dokumen diperlukan:
- Borang yang diisi dengan lengkap
- Salinan bergambar sijil kelahiran / kematian
- Salinan bergambar kad pengenalan (bagi sijil kelahiran)
- Laporan Polis (dikehendaki)[jika dokumen hilang/tercicir]
- Laporan Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat (jika dokumen terlibat dalam kebakaran)
- Bayaran Sebanyak $5.00 bagi setiap cabutan.
4. PENDAFTARAN ANAK-ANAK ANGKAT- BAB 6(1)
Bermula pada 12hb Februari 2001, permohonan dan proses pendaftaran anak-anak angkat diambil oleh Mahkamah Syariah yang digelar sebagai 'Perintah Pendaftaran Kanak-Kanak Dalam Islam, 2001' dan 'Mahkamah Sivil yang digelar Perintah Pendaftaran Anak-Anak Angkat (Pindaan), 2001'.
Ini bermakna, semua permohonan untuk mendaftar anak angkat mestilah dihadapkan kepada pihak Mahkamah Syariah bagi yang beragama Islam dan Mahkamah Sivil bagi yang bukan beragama Islam.
Setelah pihak Mahkamah mengeluarkan Perintah Kekal/Adoption Order kepada pemohon, barulah permohonan anak angkat tersebut didaftarkan di bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkagt. Bahagian ini hanya mengeluarkan Sijil Pendaftaran Anak Angkat
DOKUMEN DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN SEMASA PENDAFTARAN ANAK ANGKAT:
- Surat Perintah Kekal dari Mahkamah Tinggi Syariah/Majistret
- Surat Izin penyerahan anak angkat dari ibu bapa kandung (berstem $5.00)
- Surat Pengakuan penyerahan anak angkat
- Surat Pengakuan penerimaan anak angkat
- Dokumen ibu bapa angkat - kad pengenalan/pasport/Surat Akuan Islam (jika berkenaan)
- Sijil Kelahiran anak yang diangkat
- Salinan Pasport (jika anak yang diangkat bukan warganegara Brunei)
TEKAD PEMEDULIAN ORANG RAMAI
| Sijil Kelahiran Biasa |
5 Hari* |
| Sijil Kelahiran bersama cop endos di belakang Sijil Kelahiran |
8 hari* |
| Sijil Kematian dengan Pengesahan Doktor |
5 hari* |
| Sijil Kematian tanpa Pengesahan Doktor |
21 hari* |
| Cabutan Salinan Sah Sijil Kelahiran/Kematian |
5 hari* |
Nota: i. TPOR di atas hanya bagi permohonan yang tiada masaalah berbangkit
ii. * waktu bekerja
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600
5.1 PERKHIDMATAN BARU DUA DALAM SATU::
Iaitu penerimaan permohonan Sijil Kelahiran dan sekaligus penerimaan permohonan pengesahan Taraf Kerakyatan (cop endos dibelakang sijil kelahiran)
Bermula pada 8hb April, pihak jabatan telah mula memperkenalkan perkhidmatan baru 2 dalam 1, melalui projek Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) antara dua bahagian yang bergabung iaitu BAHAGIAN PENDAFTARAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT dan BAHAGIAN PENDAFTARAN TARAF KEBANGSAAN (WARGANEGARA).
Dalam projek ini, penumpuan diberikan kepada anak damit yang baru dilahirkan secara biasa yang mana ayahnya adalah Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia di bawah Bab 4(1)(b), 4(1)(c)(ii), 4(1)(d), 4(1)(e), 5(1), 6(1) dan 8(1).
Penerimaan permohonan bagi kedua-dua perkhidmatan dilakukan di BAHAGIAN PENDAFTARAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT tetapi proses permohonan adalah berasingan iaitu:
1- Proses permohonan pendaftaran/pengeluaran sijil kelahiran dilakukan di BAHAGIAN PENDAFTARAN KELAHIRAN, KEMATIAN DAN ANAK ANGKAT
2- Proses permohonan Pengesahan Taraf Kerakyatan (mencop endos di belakang sijil kelahiran dilakukan di
BAHAGIAN PENDAFTARAN TARAF KEBANGSAAN (WARGANEGARA)