Memproses dan mengeluarkan Pasport/ Dokumen Perjalanan bagi warganegara dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam
PASPORT ANTARABANGSA BRUNEI
Pasport tersebut dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia boleh digunakan untuk perjalanan ke seluruh dunia kecuali Israel.
Tempoh Sah Guna:
5 tahun
Tempoh Siap Untuk Diambil:
3 hari waktu bekerja
Bayaran Pasport:
BND $60.00
Dokumen yang dikehendaki bagi Pemohon Baru:
- Borang permohonan Pasport
- Surat Beranak asal dan salinan
- Kad Pengenalan asal dan salinan (Bagi Kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmat dengan ABDB/Polis)
- Sijil Kerakyatan Asal dan Salinan
- Bagi pemohon dibawah umur 12tahun : Kad pengenalan ibu dan bapa asal dan salinan. Bagi Kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmat dengan ABDB/Polis
Dokumen yang dikehendaki bagi Membaharui Pasport:
SIJIL PENGENALAN BIASA BRUNEI
(PASPORT GCI)
Pasport ini hanya dikeluarkan kepada Warganegara Brunei. Ia hanya boleh digunakan untuk perjalanan ke Sabah, Labuan dan Sarawak.
Tempoh Sah Guna:
10 Tahun
Tempoh Memproses:
3 hari waktu bekerja
Bayaran Pasport:
BND $35.00 (10 Tahun)
Dokumen yang dikehendaki bagi Pemohon Baru:
- Borang permohonan Pasport
- Surat Beranak asal dan salinan
- Kad Pengenalan asal dan salinan (Bagi Kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmat dengan ABDB/Polis)
- Sijil Kerakyatan Asal dan Salinan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa asal dan salinan. Bagi Kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmat dengan ABDB/Polis
- Sijil Nikah Ibu/bapa asal dan salinan
- Sijil Anak Angkat asal dan Salinan (jika berkenaan)
- Surat Pengesahan penjagaan anak dari Pejabat Mahkahmah Syariah asal dan salinan (jika berkenaan)
Dokumen yang dikehendaki bagi Pemohonan memasukkan nama anak di bawah umur 12 tahun didalam Sijil Pengenalan Biasa Pemohon (Ibu atau Bapa)
- Borang permohonan memasukkan nama anak Pasport asal ibu bapa atau bapa dimana anak akan dimasukkan
- Pasport asal ibu atau bapa dimana anak akan dimasukkan
- Kad Pengenalan ibu dan bapa asal dan salinan (Bagi Kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmat dengan ABDB/Polis)
- Sijil Nikah asal dan salinan ibu/bapa anak berkenaan
- Siji Anak Angkat asal dan salinan pemohon (jika berkenaan)
- Sijil Pengesahan Penjagaan anak dari Pejabat Mahkamah Syariah Asal dan Salinan (jika berkenaan)
- Sijil Kerakyatan asal dan salinan (jika berkenaan)
- 3 keping gambar terbaharu pemohon (anak)
SIJIL PENGENALAN ANTARABANGSA
BRUNEI (CI)
Pasport tersebut hanyalah dikeluarkan kepada Penduduk Tetap Brunei Darussalam dan Pemegang Permit Masuk.
Bayaran Pasport:
BND $50 (10 tahun)
Dokumen yang dikehendaki bagi Pemohonan Baru CI:
- Borang permohonan Pasport
- Surat Beranak Asal dan Salinan
- Kad Pengenalan asal dan salinan
- Kad Pengenalan Ibu dan Ayah asal dan Salinan (bagi pemohon 12 tahun kebawah)
- Kad Residence Permit atau Entry Permit asal dan salinan
- 3 Keping gambar terbaru pemohon
- Sijil Anak Angkat asal dan salinan pemohon (jika berkenaan)
- Surat pengesahan penjagaan anak dari pejabat Mahkahmah Syariah asal dan salinan pemohon (jika berkenaan)
Untuk Memohon Pasport tersebut, pemohon hendaklah menghadapkan permohonannya sendiri ke bahagian Dokumen Perjalanan di Tingkat Bawah Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan atau juga cawangan-cawangan daerah yang lain pada waktu-waktu pejabat sahaja.
PASPORT HILANG/ ROSAK:
Jika Pasport awda hilang, pemegang Pasport tersebut hendaklah melapurkan kepada Balai Polis yang berdekatan sebelum memohon untuk mengganti. Keterangan polis dan juga surat sumpah dari mahkamah hendaklah dibawa bersama dokumen yang lain ke Bahagian Dokumen Perjalanan Bangunan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Akan tetapi bagi Pasport atau dokumen perjalanan yang rosak, awda dikehendaki membuat keterangan di Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.
Awda dikehendaki membawa dokumen-dokumen yang diperlukan bagi sebarang penggantian Pasport atau dokumen perjalanan.
Denda akan dikenakan sebanyak B$150 bagi kali pertama
B$300 bagi kali kedua
B$450 bagi kali ketiga
Bagi kes kebakaran rumah kediaman, surat pengesahan dari pejabat Perkhidmatan Bomba dan pengesahan dari ketua kampong atau penghulu adalah diperlukan.
Jika memohon untuk membaharui mana-mana pasport,Negara Brunei Darussalam, pemohon hendaklah membawa pasport asal dan salinan pasport tersebut di muka surat keterangan data peribadi.
PERINGATAN BAGI MEMBAHARUI PASPORT
PERMOHONAN MENGGANTI PASPORT NEGARA BRUNEI DARUSSALAM YANG HILANG
- Surat laporan dari Pihak Polis Diraja Brunei -Salinan dan asal
- Surat Laporan pihak Polis luar negara - salinan dan asal (jika hilang di luar negara)
- Surat Sumpah 1951 (Penggal 12) dari Pejabat Mahkamah Negara Brunei Darussalam
- Borang permohonan pasport
- Surat Beranak asal dan salinan
- Kad Pengenalan asal dan salinan (Bagi kakitangan ABDB/Polis hendaklah menyertakan salinan kad pengenalan sebelum berkhidmatan dengan ABDB/Polis
- Sijil Kerakyatan asal dan salinan
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600
SIJIL DARURAT
Sijil ini dikeluarkan oleh perwakilan Brunei di luar negara bagi warganegara Brunei Darussalam