HUBUNGI KAMI
MAKLUMAT TERKINI & BERITA
MUAT TURUN BORANG
HALAMAN UTAMA
STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH RINGKAS
TENTANG JIPK

PERKHIDMATAN
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 22 Oktober 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600

Kumpulan GOIP 995 juara KKC KHEDN

RIMBA, Isnin, 14 Jun. - Dua kumpulan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) berjaya merangkul juara dan naib juara pada Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) bagi KHEDN 2010 yang diadakan di Institut Perkhidmatan Awam, di sini.

Kumpulan GOIP 995 Jabatan Bomba dan Penyelamat dengan tajuk projek 'Permohonan Kerja-kerja Khas di Luar Kawalan Jabatan Meningkat' diumumkan sebagai juara dengan mendapat markah 55.38 peratus manakala Kumpulan 3A dengan projek 'Kurang Penjagaan Pili-pili Bomba' mendapat markah 53.65 peratus menyandang naib juara.

Sementara tempat ketiga pula diraih oleh Kumpulan Peranca dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria dengan tajuk projek 'Mengatasi Pemasangan Kain-kain Rentang Tanpa Kebenaran' dengan mendapat markah 50.9 peratus.

Pada pertandingan tersebut, juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah BND1000 berserta piala, plaks dan cenderamata perseorangan.

Naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing menerima hadiah wang tunai BND750 dan BND500 di samping piala, plaks dan cenderamata perseorangan.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta KKC ialah Setiausaha Tetap KHEDN, Awang Haji Mawardi bin Haji Abdullah.

KKC KHEDN kali ini menyaksikan seramai lapan buah kumpulan mempersembahkan projek-projek mereka di mana para pemenang konvensyen ini akan mewakili kementerian tersebut pada konvensyen peringkat kebangsaan yang akan diadakan nanti.

Konvensyen KKC turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.[Dipetik dari Akhbar Pelita Brunei].

KKC terapkan budaya kerja berkualiti

RIMBA, Isnin, 14 Jun. - Program Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) merupakan salah satu langkah kerajaan yang diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan budaya kerja berkualiti di dalam Perkhidmatan Awam secara berpasukan di mana melalui kaedah yang tersusun KKC dapat membantu mengenal pasti apa jua permasalahan yang dihadapi dan menanganinya secara berkualiti, sistematik, efektif dan berkesan.

Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Haji Mohd. Abdoh menambah, KKC juga turut membentuk nilai-nilai berbentuk spiritual dan fizikal di samping dapat mendorong kepada nilai-nilai musyawarah, keterbukaan, telus, berintegriti, berakauntabiliti, adil dan saksama yang sangat diperlukan di mana-mana organisasi.

"Dalam konteks KKHEDN, selaku salah sebuah kementerian yang banyak berperanan dalam memberikan perkhidmatan, pemedulian dan perhatian yang berterusan terhadap orang ramai setentunya perlu mengamalkan pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan di semua peringkat kementerian mahu pun jabatan-jabatan di bawahnya," tegasnya semasa berucap di Konvensyen KKC Peringkat KHEDN.

Menurutnya pembaharuan dan penambahbaikan dalam sistem pentadbiran dan pengurusan di semua peringkat penting bagi menghadapi cabaran yang sentiasa berubah mengikut perkembangan dan keadaan di masa ini dan akan datang di mana melalui KKC seperti ini jelasnya secara tidak langsung dapat menjadi platform bagi merealisasikan keperluan kementerian mencapai visi, misi dan matlamatnya secara berkesan.

Menyentuh mengenai keperluan dalam membuat pembaharuan dan perubahan ini, Awang Haji Mohd. Abdoh percaya bahawa KKC ini merupakan salah satu mekanisme yang dapat membantu kepada perubahan yang seterusnya katanya memerlukan keinginan dan keikhlasan yang kuat untuk membawa kepada perubahan itu.

"Sifat dan etika yang terbaik adalah rakan KKC kerana hanya yang benar-benar serius boleh berubah. Maka KKC akan terbengkalai tanpa adanya kegigihan, kecermatan dan keikhlasan," terangnya di majlis yang berlangsung di Institut Perkhidmatan Awam pagi tadi.

Melihat pada kepentingan KKC ini, beliau penuh percaya ianya membawa satu proses yang boleh membantu mengenal pasti ruang-ruang dan potensi-potensi pembaharuan dan menutup rapat-rapat pintu-pintu dan peluang-peluang penyelewangan.

"Pembaharuan mesti dicari sama ada ianya akan menjelma tiba-tiba atau jalan pembaharuan itu akan hanya diperolehi selepas sekian lama dicuba. Oleh itu, ianya perlu dicari diusahakan dengan pemikiran terbuka. Aduan, komplen, komen adalah asam garam Perkhidmatan Awam," tambahnya seterusnya.

Sebelum mengakhiri ucapan beliau mengingatkan agar tugas dan petugas perkhidmatan awam mesti sama-sama seiring, sama-sama hebat dan kehebatan itu sama-sama ditingkatkan.

Sebanyak lapan buah pasukan di bawah KHEDN menyertai KKC tahun ini dengan membawa tema yang berlainan yang ke semuanya menumpukan kepada perubahan dan kemajuan sebagai memenuhi aspirasi orang ramai dengan harapan agar segala perkhidmatan yang diberikan lebih berorentasikan kepada mesra pelanggan.[Dipetik dari Akhbar Pelita Brunei].

 

Pos Kawalan Puni berharga BND 6,238,374,20 MEMBERIKAN KEMUDAHAN KELUAR MASUK

KAMPUNG PUNI, TEMBURONG, Isnin, 17 Mei. - Pemangku Pengarah Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman menjelaskan bahawa Pembinaan Pos Kawalan Puni Temburong baru adalah untuk memberikan kemudahan pengawalan keluar masuk dari Negara Brunei Darussalam dan bagi menggantikan pos kawalan sekarang yang sudah beropersi sejak tahun 1972.

Di samping itu juga, katanya, pembinaannya adalah untuk melaksanakan salah satu Core Business jabatannya ke arah mengawal dan mengatur orang-orang yang keluar masuk ke negara ini dalam sama-sama menjaga keamanan serta kesejahteraan Negara Brunei Darussalam.

Beliau menjelasdkan perkara itu semasa berucap di Majlis Peletakan Batu Asas Pembinaan Bangunan Pos Kawalan Puni Temburong di sini hari ini.

Peletakan batu asas itu telah disempurnakan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd. Yusof.

Hadir sama di majlis itu Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Orang kaya Dewa Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Dani bin Awang Haji Ibrahim.

Pos Kawalan Puni Temburong merupakan pos kawalan yang terpenting disebabkan lokasi geografinya yang menjadi perantaraan (Transit Gate) di antara Limbang dengan Lawas Sarawak dan menurut statistik, penggunaan pos kawalan berkenaan sejak tiga tahun kebelakangan ini jumlah pengguna pos kawalan sebanyak BND230,626 bagi tahun 2007, BND632,578 pada tahun 2008 dan BND593,130 tahun 2009.

Perjalanan keluar dan masuk ke negara ini bukan sahaja dengan melalui pos kawalan yang diisytiharkan, tetapi dengan menujukkan atau menyerahkan pasport atau dokumen perjalanan yang sah kepada pegawai imigresen bertugas di pos-pos kawalan.

Kegagalan tidak melaporkan diri dan menunjukkan passport kepada pegawai imigresen adalah menjadi satu kesalahan di bawah Akta Passport Penggal 146 serta sabit kesalahan boleh didenda sebanyak BND5,000 dan penjara tiga tahun.

Projek yang berharga BND6,238,374.20 telah ditawarkan kepada pemborong yang berjaya iaitu Ocean Quarry Construction Sendirian Berhad bermula pada 28 Januari 2010 dengan tempoh penyiapan dianggarkan selama 18 bulan pada 27 Julai 2011.

Dengan terlaksananya projek pembinaan tempat Pos Kawalan Puni Temburong ini nanti akan dapat meningkatkan tahap keselamatan dan memperkasakan lagi kawalan pemeriksaan imigresen serta agensi-agensi yang terlibat di samping dapat meberikan perkhidmatan yang selesa kepada orang ramai yang keluar masuk melalui pos kawalan tersebut.

Turut hadir di majlis berkenaan, Setiausaha- Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pemangku Pengawai Daerah Temburong, Ketua Pengarah Kerja Raya serta para ketua dan penolong ketua jabatan, penghulu dan ketua kampung Daerah Temburong dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya.[Dipetik dari Akhbar Pelita Brunei].

Sebelumnya<< Seterusnya>>

Seterusnya>>