"Mesra, Tegas dan Berwibawa"

Ke arah Perkhidmatan Yang Dinamik dan Kredibel


Untuk menjadi sebuah Jabatan Kerajaan yang unggul di dalam Perkhidmatan Awam di Negara Brunei Darussalam dengan sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh sama ada secara bersendirian ataupun bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain dalam memberikan sumbangan kepada keselamatan dan kemakmuran negara ini.


Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah sebuah Jabatan yang berorientasikan  perkhidmatan  kepada orang ramai. Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan selaras dengan visinya iaitu ke arah perkhidmatan yang dinamik dan kredibel, sentiasa cuba bersikap pro aktif selaras dengan peredaran waktu dan keadaan yang serba mencabar ini akan tetapi berpandukan Akta dan Peraturan - Peraturan yang sedia ada.

Objektif utama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah Untuk mengawal (Control) dan Mengatur (Regulate) orang-orang asing masuk/keluar ke/dari negara ini supaya tidak menjejaskan kepentingan negara, keselamatan, ekonomi, sosial, ugama, budaya serta mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan (Service Hub for Trade and Tourism). Selain itu, objektif jabatan ini juga adalah menentukan Taraf Kependudukan serta melaksanakan pendaftaran-pendaftaran yang berkaitan dengan Kelahiran dan Kematian, Kerakyatan, Kad Pengenalan dan Anak-Anak Angkat sesuai dengan keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta memberikan perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya.
HUBUNGI KAMI
MAKLUMAT TERKINI & BERITA
MUAT TURUN BORANG
HALAMAN UTAMA
STRUKTUR ORGANISASI
SEJARAH RINGKAS
Seterusnya
[1]
[2]
[3]
TENTANG JIPK

PERKHIDMATAN
JABATAN IMIGRESEN DAN PENDAFTARAN KEBANGSAAN
KEMENTERIAN HAL EHWAL DALAM NEGERI
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600