BIDANG KUASA UNDANG-UNDANG YANG DILAKSANAKAN
Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan adalah salah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri yang diberi tanggungjawab untuk menguatkuasakan:
- Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17
- Akta dan Peraturan Pasport Penggal 146
- Akta dan Peraturan Taraf Kebangsaan Brunei Penggal 15
- Akta dan Peraturan Pendaftaran Kebangsaan Penggal 19
- Akta dan Peraturan Pendaftaran Beranak dan Mati Penggal 79
- Akta dan Peraturan Pendaftaran Anak-Anak Angkat Penggal 123
- Perintah Penyeludupan dan Perdagangan Manusia, Tahun 2004
1. Untuk Mengawal (Control) dan Mengatur (Regulate) orang-orang asing masuk/keluar ke/dari negara ini supaya tidak menjejaskan kepentingan negara, keselamatan, ekonomi, sosial, ugama, budaya serta mendukung hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat perkhidmatan bagi perdagangan dan pelancongan (Service Hub for Trade and Tourism).
2. Menentukan Taraf Kependudukan serta melaksanakan pendaftaran-pendaftaran yang berkaitan dengan Kelahiran dan Kematian, Kerakyaatan, dan Kad Pengenalan dan Anak-Anak Angkat sesuai dengan keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta memberikan perkhidamatan-perkhidmatan yang berkaitan dengannya.
Hak Cipta Terpelihara© Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri
Tarikh dikemaskini: 29 Jun 2009
Sesuai dipapar menggunakan:
Mozilla Firefox dengan resolusi 800x600